Apabila kita keluar berjalan-jalan,selain LRT dan juga bas, teksi juga menjadi pilihan utama kerana lebih selesa walaupun tambangnya agak mahal. Tetapi sebenarnya teksi bukanlah pilihan terbaik untuk beberapa negara di dunia kerana mempunyai sevis perkhidmatan yang kurang efektif dan bagus. Sebuah laman web di England ‘Londoncabs.co.uk’ mengeluarkan senarai 10 negara yang mempunyai pemandu teksi yang teruk di dunia.. Dan menurut laman web itu lagi, Kuala Lumpur, Malaysia menduduki tangga teratas dengan perkhidmatan teksi yang agak teruk.
Berikut merupakan senarai 10 negara yang mempunyai pemandu teksi yang paling teruk di dunia.
1. Kuala Lumpur, Malaysia
Pemandu dari Kuala Lumpur yang terkenal dengan amalan mengenakan caj berlebihan kepada pelanggan dan juga pada mereka yang mahu menggunakan khidmat tour. Walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu menolak daripada berbuat demikian. Nasihat terbaik adalah untuk hanya menunggu untuk teksi lain jika pemandu menentang daripada menggunakan meter. Kebanyakkan teksi di Kuala Lumpur juga berkeadaan buruk dan lama.
Memang saya akui perkara ini kerana telah mengalami sendiri. Bayangkan dari Pavilion ke KLCC pun teksi caj RM30 tanpa meter?? Lepas tu nak mogok pula bila kerajaan letak bas kat Pavilion. Salah siapa teksi Malaysia jadi makin samseng dan pemandunya warga asing?x
2. Rom, Italy
Sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan perkhidmatan teksi di bandar Rom kerana perkhidmatan teksi agak terhad. Para pemandu teksi di Rom agak kasar dan sukar untuk berurusan. Jika hari hujan, bersedialah untuk dikenakan tambang dua hingga tiga kali ganda.
3. Bangkok, Thailand
Walaupun ramai menganggap Bangkok, Thailand mempunyai beberapa pemandu teksi kecil terbaik di dunia, terdapat banyak pemandu dan pemandu tuk-tuk yang kurang sopan dan tidak tahu jalan! Beberapa pelancong asing berkata mereka sengaja dibawa ke tempat tujuan mereka dengan menggunakan jalan jauh walhal sebenarnya ramai pemandu teksi di Bangkok merupakan petani yang hanya inginkan duit lebih. Patutlah…. -_-“
4. Paris, Perancis
Paris adalah satu lagi bandar yang agak sukar, kerana pemandu Paris dikenali kerana sikap kasarnya dan sukar juga untuk berurusan seperti Rom. Jika anda boleh bertutur dalam bahasa Perancis,lebih mudah untuk mendapatkan teksi atau pergi ke sekitar ibu kota Perancis. Jika tidak, anda dinasihatkan untuk mencetak alamat anda pada sehelai kertas.
5. New York, Amerika Syarikat
Walaupun pemandu teksi di New York terkenal dengan sikap mereka yang mesra dan ramah, ramai pemandu tidak benar-benar tahu kawasan di New York dan tambang boleh menjadi lebih tinggi daripada apa yang anda fikirkan kerana overcharge.
6. Mumbai, India
Seterusnya India, tetapi bukan sebab bilangan teksi di India adalah terhad. Pemandu India sebenarnya akan berjuang untuk mendapatkan pelanggan jadi, yang juga bukan petanda yang baik untuk pelancong dan pengguna. Impak negatif juga adalah dari segi keselamatan kerana banyak kereta lama tidak mempunyai tali pinggang keledar.
7. Zurich, Switzerland
Di Zurich pula, ramai pemandu teksi tidak fasih berbahasa Inggeris dan tambahnya juga mahal. Melainkan jika destinasi anda adalah satu destinasi yang sangat terkenal seperti lapangan terbang atau sebuah hotel yang sangat besar, anda harus bersedia memberikan arah tuju pada pemandu teksi atau berharap teksi itu ada GPS. Kalau tak, susah lah anda.
8. Kaherah, Mesir
Lain pula halnya di Kaherah. Pemandu teksi disini terkenal dengan sikap yang suka mengekori pelanggan atau pelancong dan suka memaksa pelancong menggunakan perkhidmatan teksi mereka.
9. Shanghai, China
Kalau di Shanghai, anda dinasihatkan menulis alamat tempat yang ingin anda tuju dengan menggunakan tulisan Cina. Jika tidak, alamatnya memang tak sampai lah ke destinasi anda tu.
10. Moscow, Rusia.
Walaupun agak sukar mendapatkan teksi di Moscow, harga tambang teksi agak murah dan jujur. Memang agak susah mendapatkan perkhidmatan teksi di Moscow dan oleh kerana itu juga banyak kereta teksi haram ada di sini.
Sumber : http://www.londoncabs.co.uk/