Orang pergi PLKN untuk jadi lebih baik, ini tak, bergaduh pula. Kita mulakan hari Isnin kita dengan berita di mana dua kumpulan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seramai 36 orang bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan, petang semalam kerana dituduh memecah masuk lokar rakan mereka. Perkara ini berlaku lebih kurang pukul 3 petang di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Pengkalan Berangan, Marang.
Kejadian tersebut berpunca apabila satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain mencuri barang, sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan. Kemudian ,kumpulan berkenaan seramai 27 orang kemudiannya bertindak menyerang kumpulan satu lagi yang terdiri daripada sembilan orang dan ada daripadanya bersenjatakan kayu, hingga menyebabkan kecederaan. Kesembilan mereka cedera dan lebam di badan. Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat, sebelum polis bertindak menahan 27 orang pelatih itu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Kesemua yang ditahan direman selama empat hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
Pemantauan yang lebih ketat perlu dibuat kerana sepatutnya PLKN dijadikan medan untuk mendidik anak-anak muda menjadi tauladan dan contoh yang baik. Jika pelatih ini siap dapat buat kumpulan samseng dalam kem PLKN tu, nampaknya misi dan visi PLKN tidak dapat dicapai sepenuhnya. Sebelum ini terlalu banyak kes buruk ( mati, rogol, buli sebagai contoh ) berlaku di kem PLKN seluruh negara, jangan sampai kes pelatih jadi samseng menjadi isu baru pula.