Akhbar The Star yang bertarikh 24/09/2012 muka surat 22 , melaporkan bahawa pemilik Pelita Nasi Kandar, Datuk D.Ramesh “performing temple ground breaking for construction”. Gambar menunjukkan pemilik restoran Pelita Nasi Kandar melakukan upacara sembahyang cara agama hindu yang mendatangkan tanda tanya sama ada restoran itu halal ke tidak di majlis pecah tanah untuk membina sebuah kuil di Seberang Jaya. Dengan tersebarnya laporan ini maka para pengemar dan pengunjung Restoran Pelita Nasi Kandar sudah mula sangsi akan kehalalannya.
Pihak JAKIM perlu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status Restoran Pelita Nasi Kandar bagi menggelak rasa sangsi umat Islam yang berkunjung dimana-mana rangkaian Restoran Pelita Nasi Kandar. Sebelum ini pun memang kami tak tahu yang owner Pelita Nasi Kandar ini merupakan orang India yang beragama Hindu atau Islam, tapi dah tentulah sebabkan ianya restoran nasi kandar, dalam kepala dah rasa sah-sah halal kan? Memacam hal.
Gambar asal

Sebelum ini pun keraguan mengenai status halal restoran ini diperkatakan. Tetapi ada maklum balas dari seorang ustaz, Ustaz Shamsuri bin Ahmad yang mendakwa dirinya merupakan seorang rakan kongsi Pelita Nasi Kandar dan memberi komen balas panjang lebar di internet. Tetapi saya ragu-ragu juga sebab komen itu bertarikh pada tahun 2004. Ya, 2004, iaitu 8 tahun lepas. Dan ada juga blogger menulis mengenai ustaz ni. SINI