Sehingga 2011, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 77 peratus, berbanding 69 peratus pada 2006. Ia telah meningkat dimana lebih 6 juta isi rumah berhutang RMRM653 bilion dengan secara puratanya, satu isi rumah menanggung hutang RM108,000. Sebahagian besar hutang disebabkan pemilikan rumah dan kereta. Ia turut didorong jumlah aset isi rumah yang dua kali lebih besar berbanding hutang sebenar selain peningkatan pendapatan pekerja berikutan persekitaran ekonomi lebih kukuh.
Peningkatan pendapatan perkapita negara daripada RM15,169 12 tahun lalu kepada RM31,000 sekarang turut meningkatkan tahap penggunaan dan permintaan terhadap barangan serta perkhidmatan.
Lambakan kad kredit juga mendorong rakyat kita berbelanja dengan kadar lebih dari sepatutnya dan mendedahkan diri mereka dibelenggu hutang. Sebab itulah ramai belia bawah umur 30tahun diisyitiharkan muflis kerana tidak bijak berbelanja. Maka pengguna perlu berhemah berbelanja dan bijak membezakan antara keperluan serta kehendak. Tindakan kerajaan yang menyekat kelulusan pinjaman kewangan dan mengenakan syarat yang lebih ketat untuk peminjam wang adalah sangat wajar untuk mengelakkan rakyat dari terus berhutang dengan kadar yang tinggi.
Memang kerajaan sudah memberi rakyat pelbagai kemudahan dan juga bantuan dari segi subsidi serta BR1M tapi itu tak bermakna kita sebagai rakyat hanyut dan menjadi manja. Jika keadaan hutang isi rumah semakin meningkat, jangan terkejut suatu hari nanti negara kita juga akan jadi seperti Greece.