Kalau anda pergi ke pusat membeli belah, atau bangunan pejabat, sudah semestinya anda boleh lihat pengawal keselamatan yang menjaga pintu, kawasan parkir kereta dan sebagainya. Kalau dulu warga tempatan yang menjadi pengawal keselematan, tetapi kemudian atas sebab gaji dan tidak ramai warga tempatan yang mahu bekerja sebagai pegawal keselamatan, mereka mula mengupah warga asing Indonesia pula.
Tetapi lama kelamaan, mungkin banyak kes tidak diingini yang melibatkan warga Indonesia di Malaysia, banyak syarikat telah menggajikan warga Nepal pula. Mungkin kerana wajah mereka yang mirip warga tempatan dan gaji yang dibayar lebih rendah yang menyebabkan banyak syarikat pengendali pengawal keselamatan lebih suka menggajikan mereka.
Bilangan pengawal warga asing meningkat
Sehingga kini lebih 11,000 orang pengawal keselamatan warga Nepal di Malaysia. Dan sebanyak 200 syarikat pengawal keselamatan diberikan ‘lampu hijau’ untuk mengambil mereka bekerja kerana latar belakang negara Nepal yang pernah berkhidmat semasa pemerintahan British di Tanah Melayu suatu ketika dulu.
Bilangan pengawal keselamatan di seluruh negara ada dalam lebih kurang 130,000 orang dan 10% daripadanya adalah warga Nepal, tidak termasuk warga asing yang lain. Persoalannya disini adakah anda merasa lebih selamat dengan kehadiran pengawal keselamatan berbangsa asing? Bagi saya, warga Nepal belum lagi menimbulkan masalah di negara ini dan mungkin kerana bahasa dan rumpun budaya yang berbeza yang menyebabkan masing ada had dan jurang antara warga tempatan dan warga Nepal. Tetapi jika dibiarkan, takut pula sektor perkhidmatan akan dimonopoli dan dibanjiri warga asing pula.