Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[Hiburan] Isu Artis Seksi : Apa Pula Kata Zed Zaidi?

by Aida Sue
October 10, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Zed Zaidi bersuara lagi. Kali ini mengenai isu pakaian artis pula. Isu penampilan artis yang berpakaian seksi kerap menjadi bahan perbualan hangat, apatah lagi artis tempatan yang sebahagian besarnya wanita yang beragama Islam. Bagi persatuan Seniman, artis tidak wajar “disalahkan 100%”, sebaliknya pihak penganjur wajar memilih fesyen islamik sebagai tema majlis dalam usaha memastikan artis mengenakan pakaian sopan.

Sepatutnya kod etika berpakaian untuk artis bukan islam dan beragama Islam patut diberikan lebih penekanan. Lebih-lebih lagi masyarakat kita ni memandang artis ni sebagai ikon tak kira dari segi sikap mahupun pakaian. Segala tindak tanduk dan perilaku semuanya diperhatikan.

IKLAN

Kata Zed Zaidi “Artis yang hadir sesuatu majlis atau program akan memilih fesyen pakaian bergantung pada tema. Jadi, penganjur perlu membuat tema yang lebih kepada islamik. Kalau tema fesyen islamik digunakan, lama-lama semua artis pakai tudung.”

Pendek kata, penganjur juga bertanggungjawab dalam pemilihan pakaian artis dan tak boleh letakkan 100% kesalahan di bahu artis. Artis hanya memilih pakaian mengikut tema saja.

Sebelum ini ramai selebriti wanita terutamanya dihentam hebat kerana memakai pakaian yang terlalu menjolok mata antaranya Miera Liyana, Nabila Huda, Lana Nordin, Amanda Imani dan ramai lagi.  Zed Zaidi juga berkata, setiap penganjuran perlu jelas temanya selain digalakkan tema yang sopan kerana ia sekali gus dapat menggalakkan artis dekat dengan Islam. Tetapi ramai je artis yang kini sudah pun menutup aurat dan datang ke majlis dengan pakaian yang sopan antaranya Syarifah Sofea, Diana Amir, Yatt Hamzah, Shila Amzah dan juga Abby Abadi.

Tags: artis pakai seksiartis seksiisu seksipakaian seksi artispersatuan senimansenimanzed zaidized zaidi isu artis seksi
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan