Kami sendiri baca tajuk rasa macam tak percaya. Macam mana nak buat pencuci mulut dalam masa 20 saat? Tips ini dikongsikan oleh pembaca Wanista iaitu Violaceous . Bagi yang rasa nak makan pencuci mulut dan malas nak tunggu lama, anda semua boleh cuba resepi ini. Sangat mudah dan kos pun murah.
Resepi Chocolate Souffle
- 100gram coklat ( 1 bar coklat )
- 5 biji telur ( asingkan putih dan kuning telur ) –
- Sedikit minyak
Bahan tambahan jika mahu
- Gula
- Serbuk koko
- Serbuk penaik
Cara-caranya :
1. Cairkan coklat dengan menggunakan teknik double boiler atau pun guna saja microwave.
2. Pukul putih telur dan bahan-bahan tambahan ( Jika tak mahu guna bahan tambahan, guna putih telur je pun dah ok! 🙂 )
3. Masukkan coklat cair ke dalam adunan putih telur tadi.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam cawan kecil yang telah disapukan minyak di sekelilingnya ( untuk mengelakkan kek melekat pada cawan ), dan masukkan ke dalam microwave selama.. 20 SAAT!
5. Terbalikkan cawan ke atas pinggan dan dah siap! 😀
MUDAH KAN? Selamat mencuba!
Resepi asal : SINI
Ramai kawan-kawan Twitter sudah pun mencuba resepi ini. Nak tengok hasil Choc Souffle mereka? Ha, jom!


