Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Jom Bercuti Dengan Angkasawan Negara Bersama Superstar Libra Cruise

by Aida Sue
October 12, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

 

Ini merupakan peluang keemasan untuk anda semua yang mahu bercuti dan bertemu secara dekat dengan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Angkasawan Negara Malaysia. Bagus Holidays Sdn Bhd dengan kerjasama Dato’ Sheikh Muszaphar melancarkan pakej percutian 4 hari 3 malam dari Pulau Pinang ke Krabi dan Phuket dengan harga promosi RM1999 untuk seorang. ( memang murah tu! ). Tempat-tempat menarik yang boleh anda pergi di Phuket termasuklah Wang Talang, bandar Phuket, Expo Market dan juga pantai Patong. Manakala di Krabi pula, anda boleh melawat Tiger Cave Temple, Khao Knanap Nam dan Pantai Ao Nang.

IKLAN

Pakej ini terhad kepada 100 peserta pertama sahaja dan bakal bertolak pada 2 Disember 2012 ( Ahad ) hingga 5 Disember 2012 ( Rabu ) dan pakej ini termasuklah tiket penerbangan pergi balik Air-Asia dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Memang tidak pernah terfikir yang akan melancong bersama dengan angkasawan negara biarpun hanya melancong di bumi saja dan peluang ini tidak harus anda lepaskan terutamanya mereka yang sudah berkeluarga. Anak-anak dapat beramah mesra dengan angkasawan negara pula tu!

Ikuti hashtag #cruisewithangkasawan di Twitter  untuk maklumat lanjut

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama wakil Superstar Libra Cruise di majlis pelancaran pakej pelancongan di Corus Hotel semalam

Pakej yang berharga RM1999 seorang ini termasuklah :

  • Tiket penerbangan pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
  • Pengangkutan dari lapangan terbang Pulau Pinang ke terminal Star Cruise
  • Sarapan pagi dan makan malam
  • Pakej lawatan ke Phuket dan Krabi
  • Ceramah eksplorasi angkasa oleh Dato Dr. Sheikh Muszaphar
  • Sesi bergambar bersama Dato. Dr. Sheikh Muszaphar
  • Malam malam eksklusif bersama Dato. Dr. Sheikh Muszaphar

Best kan? Jadi bagi anda yang berminat untuk turut serta dalam pakej pelancongan ini, boleh hubungi wakil Agen Bagus Holiday Puan Anita Annuar di talian 03-21665555/017-24251855 atau emej di [email protected] Anda juga boleh lawati laman web www.cutibagus.com.my

Bagus Holiday HQ di G7, Plaza Mentari Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bahru. Di Kuala Lumpur : Suite 17.01, tingkat 17, Wisma MCA , Kuala Lumpur.

Sekitar majlis pelancaran Superstar Libra Cruise bersama Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor

IKLAN

 

Tags: bercuti angkasawan negarabercuti dengan angkasawan negaracuti superstar libra cruisecuti-cuti malaysiamajlis pelancaran Superstar Libra Cruise bersama Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukorpakej pelancongan superstar librapelancongan malaysiapromosi superstar libra
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan