Pada peminat siri filem adiwira Iron Man ataupun peminat Robert Downey Jr. , nantikan filem sekuel ketiga Iron Man 3 yang bakal ditayangkan pada bulan May tahun depan. Pasti anda suka dengan gaya dan lagak tersendiri Tony Stark di dalam filem Iron Man dan bagaimana dia menggunakan kebijaksaannya di dalam bidang teknologi untuk melawan musuh dan penjahat.
Okay untuk sinopsis filem Iron Man 3, kali ini mereka akan menggunakan elemen dari enam isu Iron Man : Extremis yang ditulis oleh Warren Ellis yang fokus kepada plot penyebaran virus menerusi nano teknologi. Iron Man Extremis akan memperkenalkan cerita asal yang baru, yang pertama sejak penciptaan watak itu, dan meningkatkan kuasa perisai Iron man. Ashley Hamilton akan memegang watak sebagai Firepower, cybord kerajaan dan menggunakan sut khas untuk melawan Iron Man manakala Ben Kingsley yang pernah berlakon di dalam filem Prince Of Persia akan melakonkan watak jahat The Mandrin.
Para pelakon :
Robert Downey Jr. … Tony Stark / Iron Man
Don Cheadle … James ‘Rhodey’ Rhodes / War Machine
Ben Kingsley … The Mandrin (Penjahat)
Gwyneth Paltrow … Pepper Potts
Ashley Hamilton … Firepower (Penjahat)
James Badge Dale … Eric Savin
Sumber gambar : Collider.com