Sesungguhnya pemandu kenderaan di Malaysia pastinya merasa lega apabila membaca berita ini. Satu aplikasi untuk mengesan lokasi kamera AES telah dicipta untuk pengguna telefon dan gajet Android! Pada mereka yang kadang-kadang lalai tu, bolehlah anda muat turun aplikasi ini sekarang dimana aplikasi ini dapat mengesan lokasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik ataupun kamera AES di lebuhraya. Aplikasi yang diberi nama AES Detector yang boleh dimuat turun secara percuma ini memerlukan pengguna Android memuat turun aplikasi Adobe Air sebelum menggunakan aplikasi ini.
Walaubagaimanapun, selain daripada memuat turun aplikasi mengesan kamera AES ini, cara-cara ini juga dapat mengelakkan anda supaya disaman iaitu mematuhi had laju yang ditetapkan, jangan langgar lampu merah dan juga gunakan pengangkutan awam. InsyaAllah anda tidak akan disaman. Hehe.
Untuk pengetahuan semua, pelaksanaan AES akan dilakukan secara berperingkat, untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspot yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot.
Klik sini untuk mengetahui lokasi pemasangan kamera AES : Rumusan Lokasi AES , Lokasi AES – Had Laju, Lokasi AES – Lampu Isyarat.