Poligami. Apa itu poligami? Adakah anda benar-benar faham maksud poligami selain dari lelaki Islam dibenarkan untuk berkahwin empat?
Seorang lelaki diharuskan berpoligami di atas beberapa sebab iaitu :
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.
Ya memang. Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalam meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Tapi erdasarkan peruntukan dalam Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk berpoligami.
Artikel dibawah ditulis oleh Kucing Jantan di dalam ruangan artikel Utusan Online. Rasanya baca tajuk pun dah tahu apa isi kandungan artikel tersebut. Saya hanya mahu memetik beberapa perenggan dari artikel tersebut dan berkongsi dengan pembaca semua dan mahu anda sendiri fikir dan memberikan komen yang sewajarnya.
Oleh itu Bro nak ingat puak-puak perempuan tak payah nak emosional apabila ada cadangan supaya lelaki yang sudah berkahwin tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kalau dia mahu berkahwin dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas.
Janganlah bila dah berkahwin, rasa suami kita tu hak kita 100 peratus, perjalanan kehidupan ini bukan kita yang atur, kita hanya berusaha yang terbaik tetapi kalau ditakdirkan juga seorang perempuan tu kena bermadu, terima sahajalah.Yang selalu menganiaya perempuan bukan lelaki tetapi perempuan itu sendiri. Mereka sendiri kadang-kala tidak mahu melihat kaum sejenis mereka bahagia. Bab lain termasuk mengumpat siang malam mereka boleh berkongsi cerita, tetapi bila sentuh bab nak kongsi suami, mahu tercetus perang dunia ketiga, seolah-olah kalau mereka kena berkongsi kasih suami dengan perempuan lain dunia akan kiamat!Namun mereka lupa, kadang-kala ada sebab kenapa suami mereka nak berpoligami apatah lagi dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas, kalau suami mereka gatal buat apa nak cari perempuan berusia sedemikian lebih baik dia cari bak kata orang anak dara trang tang-tang. Tetapi ada lelaki yang berasa bertanggungjawab untuk turut memberi kebahagiaan kepada perempuan yang masih mencari suami ketika usia semakin meningkat atau si isteri sedia ada makin membosankan.Apa pun Bro nak nasihatkan perempuan, cuba fikirkan soal poligami ini dengan tenang dan penuh rasional kerana sudah pasti ia ada kebaikannya. Lagipun lama mana sangatlah kita nak hidup kat dunia ni, sekurang-kurangnya melalui langkah mereka membenarkan suami berpoligami dengan perempuan berusia ini, ia akan mendatangkan pahala dan menceriakan dunia rumah tangga.
Akhir kata Bro nak nasihat kepada kaum perempuan yang sudah berkahwin, poligami adalah hak suami! Jadi tak payahlah nak makan hati!
Baca artikel penuh : SINI