
Senad telah menulis setiap butiran perjalanannya di dalam Facebooknya ( link ) serta meletakkan gambar-gambarnya semasa dalam perjalanannya. Senad telah memasuki Syria pada bulan April lepas setelah berjalan sejauh 500kilometer dalam masa 11 hari. Dia melalui bandar Aleppo, Damancus sebelum melalui berpuluh-puluh checkpoint di negara itu tetapi tidak pernah ditahan. Tetapi apabila sampai di checkpoint tentera presiden Bashar Al Assas, mereka mahu Senad mengosongkan beg galasnya. Tetapi Senad telah mengeluarkan senashkah Al Quran dan menerangkan perjalanan istimewanya untuk menunaikan haji dan tentera itu melepaskan dia pergi.
Dia melakukan perjalanan ini dengan kewangan yang amat terhad dan bergantung kepada ihsan orang ramai. Di Serbia, seorang professor yang beragama Kristian telah mempelawa Senad bermalam di rumahnya dan berkata Senad merupakan Muslim pertama yang pernah menjejakkan kaki ke dalam rumahnya.
Apabila ditanya mengapa Senad melakukan misi ini, dia berkata, ” Saya berjalan kaki kerana Allah swt, demi Islam, demi Bosnia Herzegovina, dan kerana ibubapa serta kakak saya.”
Mari kita lihat gambar-gambar Senad semasa dalam perjalanan dari Bosnia ke tanah suci Mekah.