Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Syabas! Nenek 74 tahun terima ijazah dari UKM

by Aida Sue
October 24, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang nenek 10 cucu mencuri perhatian ramai apabila menjadi penerima ijazah sarjana muda tertua pada majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-40. Pesara guru, Rayah Abd Ghani, 74, dari Panchur Jaya, Seremban, Negeri Sembilan membuktikan warga tua mampu menggenggam ijazah biarpun sudah lanjut usia.

Ibu kepada dua anak lelaki berasal dari Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru yang juga pengasas dua rumah kebajikan untuk ibu tunggal dan anak yatim persendirian di Seremban itu menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Al-Quran dan Sunnah selepas menamatkan pengajian jarak jauh selama empat tahun bermula 2008. Beliau yang menamatkan pengajian Diploma Usuluddin dari Universiti Malaya (UM) pada 2004 dan aktif mengajar agama di surau serta masjid sekitar Seremban juga berpendapat, belajar pada usia lanjut dapat mengaktifkan daya pemikiran serta meningkatkan pengetahuan.

IKLAN

Nenek ini boleh dijadikan idola untuk semua yang merasakan umur itu adalah satu penghalang untuk menuntut ilmu dibidang yang lebih tinggi. Ada yang selalu fikir, bila dah tua, rasa malas nak sambung belajar. Semuanya tidak mustahil jika ada keazaman dan kecekalan dan yang paling penting, sentiasa ingat yang umur itu bukanlah satu penghalang. Bagi adik adik yang masih muda tu, kurangkan lah bermain serta lalai dengan teknologi yang ada sekarang kerana anda akan menyesal apabila sudah meningkat dewasa kelak apabila tidak belajar bersungguh-sungguh. Tak semua orang bertuah dengan sekelip mata. Ada yang perlu berusaha keras untuk mencari tuah masing-masing. 🙂


Tags: nenek 74 tahun ukmnenek ijazahnenek terima ijazahnenek ukmRayah Abd Ghani ukmrayah ghani 74 ukm
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan