Sebelum ini pelakon popular tanah air pernah dikaitkan Tasha Shilla pernah dikaitkan dengan kontroversi isu undi diri sendiri, isu kereta mewah, ditaja golongan VIP. Baru-baru ini pemakaian semasa sidang media Anugerah Skrin 2012 menjadi perhatian apabila pakaian yang dipakainya mempunyai lambang salib.
Mungkin orang salah anggap mengenai tali riben yang terjuntai pada gaun rekaan Hazwani Osman ini. Gaun ini hanya ada satu garis merah yang melintang di bahagian atas dada saja.
Tasha Shilla berkata, “Bagi yang mengenali saya, saya memang tidak gemar memakai sleeveless atau pakaian yang mendedahkan bahagian tangan saya. Setiap baju saya pasti akan menutup tangan dan saya sentiasa peka dan berhati-hati dengan apa yang saya pakai.”
“Apa saja orang nak cakap janji saya tahu siapa diri saya. Walaupun nampak saya relaks saja bila ada gosip tentang saya, namun tidak dinafikan, ada kalanya saya menangis kerana sedih apatah lagi bila ia melibatkan famili. Walau bagaimanapun, saya tak terfikir untuk mengambil tindakan namun jangan sampai melampau kerana tahap kesabaran saya juga ada hadnya sebab saya hanya manusia biasa.” ujar Tasha.
Kami ingin komen sedikit mengenai ayat Tasha Shilla yang telah diboldkan tu. Mungkin pihak media memutar belit ayat Tasha kot kerana banyak saja gambar Tasha memakai baju sleeveless di internet. Atau mungkin gambar-gambar Tasha memakai baju sleeveless di internet semua superimpose dari pihak yang nak jatuhkan Tasha? Hehe!