Pesta Rockaway 2012 yang diadakan pada 21 Oktober lalu dihadiri oleh lebih 7000 peminat muzik rock tanahair.
Penonton mulai membanjiri ruangan litar seawal 11.30 pagi. Pihak penganjur telah memenuhkan ruang masa sebelum konsert berlangsung dengan pelbagai aktiviti, antaranya Everyone Connects anjuran TM, Friends of Red Bull Arena, bahagian jualan cenderahati dan ruangan jualan makanan. Penganjur telah mengambil langkah berani dengan menambah satu lagi ruangan, iaitu ruangan WKND Session yang boleh menempatkan 500 peminat muzik indie untuk sepanjang hari tersebut.
“Terima kasih kepada mereka yang telah menjadikan Rockaway Festival 2012 satu kejayaan. Rockaway Festival telah disebut sebagai satu jelajah terbaik sepanjang 2012, menurut media antarabangsa. Jumpa kami pada Februari 2013, di mana kami akan mengadakan satu’showcase’ istimewa, dan tentunya berjumpa lagi Rockaway Festival tahun hadapan”, kata Rahul Kukreja, pengarahLIVE Events, Livescape Asia.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang konsert berlangsung di Litar Sepang, Sabtu lalu.

Tahniah Rockaway! Berjumpa lagi di tahun hadapan.