Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Penjara Inspirasi Karya Ameng Spring

by Aida Sue
October 29, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Kehidupan di penjara tidak menghalang vokalis kumpulan Spring, Ameng untuk terus berkarya menghasilkan lagu-lagu menarik khusus untuk peminat.

Ameng yang kini menjalani hukuman penjara lapan tahun serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada April 2011 akibat kesalahan dadah, mendedahkan dia telah menghasilkan 10 buah lagu sepanjang berada di balik tirai besi.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, hampir semua lagu yang dihasilkan berdasarkan pengalaman dia ketika menjalani hukuman di Penjara Kluang di sini.

IKLAN

“Salah satu lagu saya yang bertajuk Tangisan Generasi menceritakan mengenai penyesalan saya dan bagaimana saya boleh lupa diri sekali gus mengajak peminat untuk sama-sama bangkit daripada kejatuhan,” katanya ketika ditemui di Dataran Insaf Penjara Kluang sempena program Jalinan Kasih Hari Raya Aidiladha semalam.

Semoga maju jaya, Ameng!

Tags: ameng springdadahhiburanrock kapakrockerweed
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan