Sebentar tadi sidang media Muzik Muzik 27 separuh akhir telah diadakan untuk mengumumkan 30 buah lagu yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan seterusnya berentap ke Anugerah Juara Lagu 27. Mesti ramai yang dah tak sabar untuk mengetahui penyanyi dan lagu mana yang akan beraksi ke pentas separuh akhir Muzik Muzik kan?
Sebanyak 30 buah lagu akan dipertandingkan di dalam tiga pusingan yang akan berlangsung pada 11 November, 18 November dan 25 November 2012 dan akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada hari Ahad jam 9 malam hingga 1030 malam.
Daripada keseluruhan 30 buah lagu, hanya 12 buah lagu sahaja yang layak ke Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan juri profesional yang akan diumumkan selepas tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik 27 bahagian 3.
Hafiz akan mempertaruhkan 3 buah lagu iaitu Watak, Ombak Rindu dan Ku Akui manakala Hazama pula sebanyak 2 buah lagu iaitu Simetri dan Majnun. Yang menariknya selain Yuna, artis baru dari Youtube iaitu Ainan Tasneem tercalon dengan lagu Aku Suka Dia.
Nak tengok persembahan artis-artis kegemaran anda?
Jangan lupa dapatkan tiket-tiket percuma dari Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 8 November, 15 November dan 22 November dari jam 11 pagi hingga 5 petang.
Berikut merupakan senarai penuh 30 buah lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir
Lagu | Artis |
Kasanova | Stacy |
Sesaat kau datang | Ramlah Ram & Sleeq |
Tanpamu | Amir Jahari |
Watak | Hafiz |
Angkasa | Diandra |
Ombak Rindu | Hafiz & Adira |
Patah Seribu | Shila Amzah |
Tapi Bagaimana | Spider |
Biar Sampai Ke Bintang | Asmidar |
Lagu | Bedroom Sanctuary |
Terlalu Mencintaimu | Suki |
Pencinta Terbaik | Sofaz |
Mesti Ada Cinta | Akim & Fiq |
Anak Kampung | One Nation Emcees & Jimmy Palikat |
Sebelah Jiwaku | Jaclyn Victor |
Aku Datang | Tomok |
Jerrypah | Aizat |
Terukir di bintang | Yuna |
Simetri | Hazama & Amy Search |
Andaiku bercinta lagi | Mojo |
Cerita Dia | Drama band |
Idola | Azlan & The typewriter |
Beginilah Caranya | Shaheizy Sam & Yana |
Harapan | Hyper Act |
Pelangi Senja | Stacy |
Panik | Bunkface |
Ku Akui | Hafiz |
Teman Pengganti | Black & Malique |
Aku Suka Dia | Ainan Tasneem |
Majnun | Hazama |