Berita baik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah kerana sekaran anda layak mendapat diskaun 50 peratus kadar tambang KTM Komuter untuk tempoh setahun, mulai 1 November ini hingga 31 Oktober 2013.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan kad Komuter 1Malaysia kepada mereka yang layak dan borang permohonan bagi mendapatkan kad itu boleh diperoleh di semua stesen komuter serta laman web KTMB bermula 22 Oktober ini.
Kaunter pendaftaran dibuka 22 Oktober
Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad Komuter 1Malaysia, KTMB akan membuka 20 kaunter khas di tujuh stesen utama dengan dikendalikan oleh kira-kira 120 kakitangan dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Borang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan dan menepati kelayakan, akan menerima kad Komuter 1Malaysia serta-merta. Setiap kad juga akan dikenakan caj RM1.
Kaunter khas yang dibuka KTMB ada di stesen : Tanjung Malim, Kepong Sentral, Sentul, KL Sentral, Subang Jaya, Bangi, Sungai Gadut dan Bank Negara.
Tidak perlu penyata gaji
Oleh kerana yakin dengan kejujuran rakyat Malaysia, pemohon tidak perlu mengemukakan penyata gaji ketika membuat permohonan kad Komuter 1Malaysia.
Dengan adanya diskaun itu, kami juga percaya jumlah penggunaan komuter akan mencecah kepada 300,000 orang berbanding 100,000 penumpang ketika ini, khususnya pengguna harian ke tempat kerja masing-masing.