Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

[Acara] Eco Design Competition 2012 anjuran Tetra Pak dan MRM di Publika

by Aida Sue
November 1, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

 

Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd dan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk pertandingan ‘Out of the Carton: Eco Design Competition 2012’ yang telah diadakan di Publika minggu lalu. ‘Out of the Carton: Eco Design Competition 2012’ telah diadakan sejak bulan Jun lalu dan terbuka kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan juga kolej. Mereka perlu menggunakan daya kreativiti masing-masing mencipta sesuatu daripada kotak minuman.

IKLAN

‘Out of the Carton: Eco Design Competition 2012’ telah diadakan untuk meningkatkan kesedaran remaja dan kanak-kanak terhadap pentingnya menjada alam sekitar dan kitar semula. Hadiah utama untuk kategori Junior dan Senior berjumlah RM8,000 dan juga lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain itu MRM juga menawarkan hadiah berjumlah RM5,000 kepada pemenang bagi kategori “Best Potential Design”.

20 entri terbaik dari setiap kategori telah dipamerkan di Publika dari 13 Oktober 2012 hingga 28 Oktober 2012 dan selain dari Tetra Pak, Delite, Dutch Lady, Homesoy, Marigold, Milo, Seasons serta Yeo’s juga adalah sebahagian daripada penaja program ini.

Ed Chew, Principal of EDCHEW ARCHITECT dengan pemenang kategori junior
Gaine Clarke, Managing Director of Tetra Pak (Malaysia, Singapore & Philippines) dengan pemenang kategori senior


 

IKLAN
Tags: acaraeventmajlis rekabentuk malaysiamrm malaysiaOut of the Carton: Eco Design Competition 2012Out of the Carton: Eco Design Competition 2012 publikatetra pakwinners Out of the Carton: Eco Design Competition 2012
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan