Golongan lelaki tua dikatakan semakin mendapat perhatian golongan wanita masa kini yang menyifatkan mereka memiliki gaya kedewasaan dan berkemampuan. Penulis Changing Your Game A Man’s Guide to Sucess with Women, Christie Hartman, berkata kebanyakan wanita muda mahukan kesenangan, kedewasaan, kepercayaan tinggi terhadap sikap bijak dan mempunyai kematangan seperti yang dimiliki Sarkozy. Lelaki tua disini bukan bermaksud yang berumur 60-70an saja,tetapi lelaki yang mempunyai jarak umur sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih dari wanita.
Kebanyakan wanita muda lebih memilih lelaki berusia disebabkan kebanyakan mereka lebih berkemampuan dari segi ekonomi berbanding lelaki muda. Selain itu, lelaki tua juga lebih dikenali berpengalaman dalam pelbagai aspek. Walaupun kadangkala perbezaan umur adalah ketara, tetapi lelaki yang lebih tua tahu memainkan peranan dan lebih mengetahui perkara yang kita sendiri tidak ketahui kerana banyak pengalaman.
Lelaki lebih tua juga lebih supportive dan menyokong anda. Kebanyakkan lelaki yang lebih tua mempunyai karier yang stabil dan terjamin. Jadi biasanya dia akan menyokong anda dan mungkin boleh bagi anda kata-kata nasihat lagi.
Biasanya lelaki lebih tua lebih suka lepak or berada di rumah berbanding lelaki muda. Bukannya bermaksud dia tak menyeronokkan, tetapi masa mereka muda, mereka dah puas enjoy dan bersuka ria. Jadi, mereka lebih suka keadaan yang tenang, romantik dan relaks. Selain itu juga, oleh kerana lelaki lebih tua ni keadaan ekonominya sudah stabil, tiada lagi istilah belanja bahagi dua or ‘go dutch’.
Lelaki muda tiada hala tuju
“Lelaki berusia dua puluhan terutama di bawah usia 27 tahun cukup dewasa tetapi mereka belum menentukan apa yang dimahukan dalam hidup dan mempunyai masalah sekiranya menjalinkan hubungan dengan wanita,” kata Hartman.
Keadaan demikian tidak berlaku kepada semua orang tetapi dari kaca mata Hartman, ia kebanyakannya terjadi.
Lelaki lebih tua bagaimanapun memiliki lebih keberanian untuk mendekati wanita dan turut berpengalaman dalam seks.
Namun begitu, wanita muda takut membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki matang, tambahan pula sekiranya lelaki terbabit pernah berkahwin dan memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu.
“Inilah yang akan menjadi dilema bagi wanita usia 20-an. Mereka berpendapat akan menjadi ibu tiri dan mungkin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.