Program “Mock Trial The Musical” adalah merupakan anjuran persatuan “Law Society 2012” Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Mock Trial the Musical bakal diadakan pada :
Tarikh : 9 November 2012 (Jumaat)
Masa : 7.30 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Pada edisi kali ini, pihak produksi telah mengangkat karya Muhammad Nazrul Anas bin Zunaidi, pelajar tahun kedua Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam yang berjudul Saksi Terakhir. Karya beliau akan di pentaskan di bawah arahan Rabiatul Adawiyah bt Sulaiman, juga seorang pelajar tahun kedua Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam.
Untuk persembahan kali ini, seramai 150 tenaga produksi terlibat untuk menjayakan proram teater ini yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pemuzik, penari, krew produksi dan ahli jawatankuasa pengurusan. Dengan tiket berharga RM5 seorang, di anggarkan 3000 penonton akan sama-sama memeriahkan lagi malam berlangsungnya program ini. Mereka terdiri daripada pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar dari UiTM, pelajar-pelajar dari universiti-universiti tempatan, dan juga masyarakat umum.
Untuk sebarang tempahan mahupun pembelian tiket bolehlah hubungi:
http://www.facebook.com/MockTrial2012MusicalExtravaganza
Telefon : 0172482435 (PIKA) / 0162062625 (IDY)
Twitter : @LawSocUitm #UitmMockTrial12
Sinopsis
Saksi Terakhir mengisahkan tentang Jojie yang telah di berkas oleh pihak polis di sebuah lorong dan dibicarakan di dalam Mahkamah Tinggi atas suatu kes yang membawa hukuman mati mandatori. Tujuh orang telah hadir sebagai saksi bagi membantu perbicaraan kes ini. Selain itu, kisah Cu Na dan Ayie, makcik dan adik kepada Jojie akan menjadi ranting cerita kepada teater perbicaraan ini. Cu Na dan Ayie akan membawa penonton kepada penceritaan fasa kedua iaitu kesedaran tentang keadilan undang-undang dan sistem ketuhanan juga kesedaran diri agar tidak terjerumus ke dalam kancah jenayah. Adakah Jojie benar-benar bersalah? Siapakah saksi terakhir untuk perbicaraan kes Jojie ini? Nantikan di perbicaraan kedua.