Presiden Barack Obama memenangi pilihanraya dan menjadi presiden Amerika Syarikat buat penggal seterusnya dengan kemenangan ke atas Mitt Romney, mengikut unjuran daripada kebanyakan rangkaian televisyen di sana.
Barack Obama telah menang pilihanraya di kawasan atas pagar seperti Ohio, Iowa, Wisconsin, Pennsylvania dan New Hampshire manakala Florida dan Virginia.
Walaupun pengangguran di Amerika berada pada tahap 7.9 peratus,Obama yang juga dari parti Demokratik telah dipilih menjadi presiden dan walaupun Mitt Romney merupakan calon popular, beliau telah kalah tipis dibelakang Obama. Romney, yang merupakan bekas gabenor Massachusetts, mendahului dan mendapat undi popular selepas dua pertiga negeri telah diputuskan tetapi kehilangan negeri Ohio telah dianggap satu tamparan besar kepada peluangnya kerana ia merupakan negeri yang diperlukan untuk mencapai majoriti undi pemilih.
Beberapa minit selepas kemenangan beliau diumumkan, Presiden Obama telah menulis tweet : ‘We’re all in this together. That’s how we campaigned, and that’s who we are. Thank you.’ ‘Beliau juga menyiarkan gambar dirinya memeluk Michelle iaitu wanita pertama dan juga isterinya – dan tweetnya menjadi viral dan popular.
Perlumbaan sebenar adalah proses undi pemilih memenangi di negeri individu, dan sebanyak 270 undi yang diperlukan untuk menang pilihanraya. Obama mendahului dengan 290 undi manakala Romney hanya berjaya mendapat 200 undi sahaja.