Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Pakej Mustika Astro percuma bermula esok hingga 17 November 2012

by Aida Sue
November 8, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

20121108-110854.jpg

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokongan para pelanggan yang setia, pihak Astro dengan berbesar hati akan membuka saluran-saluran dalam Pakej Mustika iaitu Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) untuk hiburan yang berterusan buat semua pelanggan mulai 9 hingga 17 November 2012, jam 6.00 pagi. Ini merupakan kali kedua pihak Astro membuka siaran secara percuma buat pelanggannya.

Menerusi saluran Astro Citra (131) penonton bakal dihiburkan dengan filem seperti Ayat-Ayat Cinta, Bujang Terlajak, Kepergok Pocong, Dorm serta banyak lagi.
Selain itu ada juga festival filem Aaron Aziz dimana filem-filem menghiburkan lakonannya yang telahpun disusun khas untuk tontonan para peminat seperti Datin Ghairah, KL Gangster, Evolusi KL Drift 2, Pisau Cukur dan banyak lagi.

IKLAN

Manakala menerusi saluran Astro Warna (132) pula, para penonton pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menonton episod akhir program Onyomat Geset Go pada 9 November ini untuk mengetahui pelawak manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000.

Nantikan juga episod pertama pertarungan lawak paling berprestij iaitu Maharaja Lawak Mega 2012 yang akan bersiaran buat pertama kali secara langsung pada 16 November 2012. Kedua program ini juga akan bersiaran secara serentak menerusi saluran Astro Mustika HD (134).
Saluran Astro Mustika HD (134) yang hanya menyiarkan program-program dalam bentuk definisi tinggi turut membariskan program hebat seperti drama bersiri Adam & Hawa yang dibintangi oleh nama-nama popular seperti Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Amyza Adnan dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, nantikan juga filem-filem tempatan yang turut ditayangkan menerusi saluran ini seperti Ngangkung, Hantu Bonceng, Bini Biniku Gangster, Kongsi dan banyak lagi.

20121108-111037.jpg

20121108-111154.jpg

Tags: adam dan hawaAstroAstro Bella (133)Astro Citra (131)astro mustikaastro mustika freeastro Mustika HD (134)astro percumaAstro Warna (132)siaran televisyen malaysia
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan