Adakah mekap anda dapat melindungi kulit anda dari penuaan? Averina mampu melakukannya. Baru-baru ini produk Averine telah melancarkan satu rangkaian kulit anti penuaan dengan warna yang menarik dan diserikan dengan kehadiran Anita Aziz, 39 tahun, model fesyen veteran tanahair dan duta jenama Averina Age Defy Makeup. Koleksi yang diberi nama Age Defy merangkumi mekap asas hinggalah kepada warna untuk mata dan bibir.

Koleksi ini termasuklah mekap asas seperti bedak kompak, gincu yang mempunyai serum, lipgloss atau pengilat bibir, eyeliner, maskara dan eye shadow. Yang menariknya mengenai produk ini, ianya selamat dan membantu kulit menentang kesan penuaan kulit untuk tempoh yang lebih lama.
Produk dari Averine menawarkan beberapa kebaikan untuk pengguna iaitu :
- 100% tidak menyumbat pori-pori
- Selamat untuk kulit sensitif
- Bebas daripada minyak mineral
- 100% bebas wangian ( tidak merengsa kulit )
- Bebas lanolin
- Tanpa alkohol
- bebas formaldehid dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Bagi anda yang mahu mendapat produk mekap Averine Age Defy, anda boleh mendapatkannya di semua outlet Asterspring Signature, Asterspring dan pengedar sah Averina mulai 1 November 2012.
Setelah mencuba beberapa produk Averine, saya mendapati mekapnya sesuai untuk wanita beragama Islam kerana ia mudah dicuci jadi mudah ditanggalkan sewaktu menunaikan solat dan sebagainya serta warna-warnanya adalah natural dan tidak keterlaluan. Kulit wajah saja adalah sensitif iaitu mudah naik ruam apabila memakai mekap, tetapi tidak dengan Averine. Ianya lembut dan terus ‘kena’ dengan kulit wajah saya. Cuma kalau boleh, Averine menambahkan lagi warna-warna menarik supaya ia boleh digunakan untuk golongan remaja dan anak gadis yang mahu nampak segar dan juga untuk wanita yang berani.



