Rakyat Malaysia khususnya golongan profesional di luar negara dianggarkan berjumlah kira-kira 1.2 juta, telah digesa untuk pulang ke tanahair dan membantu memajukan Malaysia melalui kepakaran mereka.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata, kepakaran dan kemahiran mereka boleh dimanfaatkan demi kepentingan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata pelan transformasi dan program-program yang sedang dijalankan oleh kerajaan telah membuka peluang untuk rakyat Malaysia yang lebih suka bekerja dan menetap diluar negara disamping banyak insentif lain yang akan diberikan. Rakyat Malaysia berminat untuk kembali menyumbang kepada pertumbuhan negara digalakkan berhubung dengan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), yang telah ditubuhkan khusus oleh kerajaan untuk membantu mereka.
Dalam kaji selidik mengenai brain drain yang melibatkan 518 orang, ketidakadilan sosial (80%), prospek kerjaya yang lebih baik (76%) dan faedah yang lebih menarik (73%) adalah sebab utama mengapa rakyat Malaysia memilih untuk tidak kembali. 74% daripada responden survey juga berkata bahawa mereka akan kembali jika mereka melihat bukti “perubahan asas dan positif” dalam kerajaan. Kebanyakan rakyat Malaysia yang ditinjau dalam laporan meninggalkan Malaysia apabila mereka terpaksa melanjutkan pengajian mereka (77%), dan sebilangan kecil pula pergi ke luar negara untuk bekerja (44%).
Masalah ‘brain drain’ atau migrasi dari negara asal ke negara lain dan individu yang mempunyai kemahiran teknikal atau pengetahuan. Dan masalah ini berpunca daripada 2 aspek utama iaitu negara dan juga individu itu sendiri. Dari segi negara, sebabnya adalah mungkin persekitaran sosial (kekurangan peluang pekerjaan, gaji yang tidak setimpal dengan kelayakan, ketidakstabilan politik, kemelesetan ekonomi, risiko kesihatan, dan lain-lain). Mereka lebih mudah mendapat peluang pekerjaan, gaji yang lebih setimpal kestabilan politik dan kebebasan ( tidak double standard ), ekonomi maju dan keadaan hidup yang lebih baik.
Dari segi sebab-sebab individu pula, terdapat pengaruh keluarga (saudara-mara di luar negara), dan keutamaan peribadi: keutamaan untuk meneroka prospek pekerjaan, cita-cita untuk kerjaya yang lebih baik, dan lain-lain faktor. Tetapi rasanya faktor paling utama kenapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat peluang pergi ke luar negara terus menetap di negara berkenaan adalah faktor kesamarataan dan juga gaji yang setimpal terutamanya bangsa selain Melayu. Kerajaan memang perlu buat sesuatu terutamanya mengenai gaji. Bayangkan misalnya jurutera di luar negara kalau starting pun dah masuk RM4-5 ribu, berbanding di Malaysia hanya RM2ribu , dengan kos sara hidup di bandar yang memang kita dah tahu sangat tinggi, mana mungkin rakyat kita nak balik berkhidmat di negara sendiri. Ya, memang semangat cintakan Malaysia tu perlu ada, tapi peruttak boleh diisi , bil tak boleh dibayar dengan hanya semangat cinta negara je.