Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

#OpIsrael : Laman web Israel diserang berjuta-juta serangan siber Anonymous ( + video )

by Aida Sue
November 19, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Israel telah mengakui mereka telah menjadi sasaran kempen besar-besaran peperangan siber dengan berjuta-juta percubaan untuk menggodam laman web negara Israel sejak serangan di Gaza empat hari lalu.

Menteri Kewangan Israel , Yuval Steinitz berkata dalam tempoh empat hari lalu, Israel telah “diserang 44 juta serangan siber di laman web kerajaan mereka. Semua serangan telah dipatahkan kecuali satu, yang disasarkan sebuah laman web khusus yang terganggu selama 6-7 minit. Kumpulan aktivis online Anonymous mendakwa mereka telah menyerang berpuluh-puluh laman web agensi kerajaan Israel dan sebuah bank sebagai protes atas serangan udara oleh negara Israel itu.

IKLAN

Steinitz tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai siapa pihak yang bertanggungjawab, tetapi berkata kerajaan telah berjaya untuk memesongkan hampir setiap serangan, sekali gus mengelakkan gangguan yang serius atau kerosakan lain. Pada hari Sabtu, Anonymous mendakwa telah menjatuhkan atau memadam pangkalan data hampir 700 laman web swasta dan awam Israel, termasuk Bank Jerusalem. Kumpulan penggodam Anonymous sebelum ini hanya melihat tindakan Israel menyerang penduduk yang tidak berdosa di sempadan Gaza dan apabila pihak Israel mengugut untuk memutuskan talian internet di kawasan itu, mereka menganggap yang tindakan pihak Israel sudah melampau batas dan menyebabkan mereka melakukan serangan siber secara bertubi-tubi.

Tags: #opsisraelanonymous cyber attack israelanonymous israel hackfree palestinegazahack anonymous opisraelisu semasakrisis tebing baratopisraelprotes serangan siberserangan siber anonymousserangan siber israel
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan