Tatkala mendengar ucapan anak teruna pelakon Khatijah Tan iaitu Pierre Andre apabila dia menerima Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012, rasa terharu di dalam jiwa. Rasa terkejut pun ada kerana Pierre yang kita selalu lihat di kaca televisyen dengan kaletah kelakarnya sangat lain dengan apa kita saksikan pada malam Anugerah Skrin kelmarin.
Apabila ditanya bagaimana dia boleh menyertai tabligh, dia menjawab “Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari. Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” kata Pierre apabila menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Semoga hijrah Pierre Andre menjadi ikutan lebih ramai lagi orang di luar sana bukan saja artis lain,malahan kita sendiri. Hidayah Allah swt itu boleh datang pada bila-bila masa dan pada sesiapa saja dan untuk menjadi hidayah Tuhan itu, kita perlukan berusaha mencari, bukan tunggu hidayah itu sampai. 🙂
Berikut merupakan beberapa potongan ucapan Pierre Andre pada malam Anugerah Skrin 2012 :
Bismillahirrahmanirrahim,
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Segala puji-puji bagi Allah.Thank u Allah for Your bless..Dan yang terakhir sekali, ini yang paling penting. Tujuan saya harini, saya datang ke sini, apa yang saya ingin katakan anugerah yang paling hebat adalah kalimah Lailahaillallah yang Allah berikan pada kita, letak dalam hati kita, jagalah kalimah ini, carilah ia kerana itulah kemenangan yang sebenar. Allahuakbar. Assalamualaikum. Peace. Love Allah, love Muhammad.