Bila sudah jadi selebriti, segala gerak geri menjadi perhatian umum dan bagi Oprah yang sememangkan merupakan antara selebriti paling popular di dunia, jika beliau membuat kesilapan kecil pun, sudah pasti ianya menjadi buah mulut umum. Kejadian yang menimpa Oprah baru-baru ini perlu menjadi teladan pada mana-mana selebriti yang menjadi jurucakap produk. Baru-baru ini Oprah telah menulis satu tweet mempromosikan tablet Microsoft Surface yang berbunyi ” Gotta love that SURFACE! Have bought 12 already for Christmas gifts. #FavouriteThing ” . Tetapi ada satu kesilapan yang mungkin Oprah sendiri tidak perasan, iaitu beliau telah menulis tweet tersebut dengan menggunakan aplikasi Twitter For iPad.
IPAD adalah barangan keluaran syarikat APPLE dan juga pesaing Microsoft. LOL much? Kesilapan seperti ini memang perlu dielakkan terutama selebriti yang sudah mempunyai jenama sendiri. Memang tak salah kalau nak endorse produk Microsoft menggunakan barang Apple, Samsung atau Nokia sekalipun, tapi kalau anda merupakan jurucakap produk Samsung, tidaklah perbuatan mempromosikan barangan Samsung menggunakan barang Nokia adalah sangat IRONI? Hehe!