Hayden Panettiere mungkin membintangi rancangan televisyen di saluran ABC bertajuk Nashville tetapi bakat seni pelakon cantik ini tidak terhenti disitu saja. Single pertama siri Nashville yang dinyanyikan oleh Hayden sendiri bertajuk “Telescope” telah disiarkan di laman Youtube hari ini dan selepas ia dikeluarkan, “Telescope” telah berada di tangga ke 43 carta Billboard’s Country Song.
Selain daripada mengeluarkan satu lagu single bersama Big Machine Records, Panettiere mula berjinak-jinak dan mendekatkan dirinya dengan senario muzik Country. Salah satu langkah pertama beliau adalah dengan muncul di Anugerah Muzik Country dan menjadi salah seorang presenter di anugerah tersebut.
Bintang yang berumur 23 tahun ini, mula popular dengan siri televisyen Heroes ( 2006 – 2010 ) dengan membawa watak seorang cheerleader yang mempunyai kuasa istimewa bernama Claire Bennet dan dia berjaya memenangi beberapa anugerah. Lakonan yang paling terkini adalah drama jenayah Amanda Knox: Murder on Trial in Italy dan Kirby Reed dalam filem seram Scream 4. Pada bulan Oktober 2012, beliau mula membintangi siri drama Nashville sebagai Juliette Barnes di saluran ABC.