Filem The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 akan ditayangkan pada hari ini dan kami telah berkesempatan menonton tayangan premiere filem ini semalam, terima kasih kepada Churp Churp! Bagi yang tak mengikuti filem ini dari awal, Twilight Saga adalah sebuah siri filem vampire ataupun puntianak yang bertemakan romantik dan fantasi yang ditulis oleh penulis Stephenie Meyer. Ia mengisahkan kehidupan seorang gadis, Isabella “Bella” Swan, yang berpindah ke Forks, Washington, bersama bapanya dan jatuh cinta dengan puntianak berusia 104-tahun bernama Edward Cullen.Watak utama dalam filem Twilight Saga ini adalah Kristen Stewart, Robert Pattinson, dan Taylor Lautner.
Filem Twilight dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu :
- Twilight (2008)
- The Twilight Saga: New Moon (2009)
- The Twilight Saga: Eclipse (2010)
- The Twilight Saga: Breaking Dawn (2011/2012)
Sinopsis filem The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2
;
Ini merupakan filem kelima dan terakhir untuk siri The Twilight Saga. Ia membawa kepada konfrontasi epik di sebuah tasik beku di barat laut Amerika. Di satu pihak, pontianak yang datang dari seluruh dunia berkumpul khusus untuk kehidupan yang aman, yang diketuai oleh Bella Swan (Kristen Stewart), yang baru menjadi seorang pontianak dan merupakan seorang ibu dan berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang pontianak, Edward Cullen (Robert Pattinson). Manakala di pihak lain pula adalah Volturi yang mengepalai sekumpulan pontianak jahat dari Eropah yang diketuai oleh Martin Sheen.
Review filem The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2
Saya bukanlah penggemar tegar filem bersiri ini, namun saya juga bukanlah ‘hater’. Bagi seseorang yang mungkin ketinggalan siri 1 atau 2, mulanya jalan cerita Twilight ini sukar difahami. Dari mana datangnya anak kecil tu? Mujur teman saya pernah menonton yang sebelumnya, jadi saya faham sedikit.
Jalan cerita pada permulaan agak perlahan, namun akhirnya menjadi pantas bila masuknya babak pontianak berlawan sesama sendiri, dan serigala jadian juga masuk campur. Rupanya setiap ‘vampire’ ada kuasa tersendiri, contohnya Bella (ya dia juga seorang pontianak) ada kuasa perlindungan di mana sesiapa di bawah kuasa itu akan merasa kurang sakit jika diserang. Peperangan ini berlaku kerana hendak melindungi seorang anak kecil yang berdarah separuh pontianak separuh manusia, yang mereka sangkakan ‘immortal’. Pontianak immortal sangat ditakuti jadi jika wujudnya immortal ini, dia harus dibunuh.
Tiada apa-apa plot klimaks berlainan dalam siri terakhir ini selain peperangan antara pontianak dapat dihalang dengan kuasa membaca masa depan seorang pontianak yang lain. Plot lain amat biasa, takkan pernah lari dari perselisihan faham. Ternyata alam pontianak juga ada masalah macam alam manusia.
Namun saya tetap meng-recommend filem ini untuk ditonton segera oleh mereka yang memang die hard fan Twilight. Pasti anda suka akan kecomelan cahayamata Bella dan Edward dan menggemari babak-babak romantis dalam cerita ini. Lagi pula, Bella kelihatan semakin menawan. Tak hairan jika digoda oleh ramai jejaka di luar sana.
;