Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

[ Cinta Dan Jodoh] Jodoh insan OKU, sanggupkah anda terima?

by Aida Sue
November 21, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

 

Sebagai manusia biasa, keinginan untuk mencari pasangan hidup hadir secara semulajadi dan tidak terkecuali buat golongan Orang Kelainan Upaya ( OKU ) yang sememangnya mempunyai hasrat yang sama. Mungkin tiada halangan jika jodoh insan OKU adalah dari insan senasib dengan dirinya, tapi bagaimana pula jika pasangan yang dipilih adalah insan normal?

IKLAN

Ibubapa juga mungkin bimbang apabila jodoh yang dipilih tidak mengikut kriteria, mampukah pasangan anak yang OKU menjaga anak mereka dengan baik? Namun ada juga yang memberi sokongan pada pilihan si anak tadi walau siapapun pilihannya.

Sumber gambar : http://n9kini.com/

Menurut Pegawai Psikologi di Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, tidak dinafikan OKU mungkin akan berdepan dengan kesukaran untuk mendapat restu keluarga jika memilih insan normal sebagai pasangan hidup. Ada yang positif, ada juga yang negatif. Ada dikalangan ibubapa yang memiliki anak yang normal memilih calon menantu dari kalangan yang OKU kerana keluarga wanita itu sememangnya mengenai calon menantu OKU secara peribadi dan yakin menantunya dapat menjaga dan membahagiakan anak perempuannya.

Ada juga yang negatif contohnya apabila keluarga tidak boleh menerima calon pilihan anak mereka. Mereka bimbang tentang kerjaya insan OKU dan juga faktor genetik yang turut menjadi ukuran mereka. Ibubapa pula bimbang kalau-kalau cucu dan keturunan mereka mempunyai kekurangan yang sama seperti ibu atau bapa mereka. Walaupun begitu, sebenarnya ramai je pasangan sesama OKU atau OKU dengan yang normal memiliki anak yang normal. Masyarakat perlu mengubah persepsi negatif mereka terhadap OKU kerana mereka juga insan sama seperti anda yang hidup dalam masyarakat kita dan adalah tidak adil untuk menyisihkan mereka.

Faktor persekitaran

Ada juga ibubapa yang mempunyai anak OKU tidak menerima calon menantu dari kalangan OKU kerana bimbang tentang kehidupan dan masa depan anak merkea. Ada yang lebih yakin untuk melepaskan anak sekirannya si anak tadi berkahwin dengan pasangan normal.

Setiap orang wajar mempunyai persediaan masing-masing tak kiralah OKU ke, ibubapa OKU ke, pasangan normal ke atau apa pun. Ibubapa seharusnya perlu bersedia menerima kekurangan menantu dan cuba menyesuaikan diri dengannya dan memahami kekurangan dan keperluan mereka. Kalau anak boleh menerima kekurangan suami atau isterinya dan pemilihan itu tidak mendatangkan mudarat, sebagai ibu bapa kenalah berusaha menerima dengan baik juga.

Persediaan mental juga adalah penting bukan saja buat pasangan tapi juga buat keluarga agar perkahwinan yang dibina kekal dan bukan separuh jalan. Pasangan juga harus berbincang dengan baik bersama keluarga dan cuba sama-sama untuk mengatasi kekurangan dan kekangan yang bakal dilalui agar masing-masing boleh membuat persediakan mental dan fizikal.

 

IKLAN
Tags: cintacinta oku dengan orang biasacinta orang kelainan upayahubungan cintajodoh warga OKUmasalah cinta
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan