Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[Isu Semasa] Bapa mohon mahkamah kahwinkan anak usia 12 tahun yang enggan pulang

by Aida Sue
November 22, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

20121122-135243.jpg

Bukan senang nak besarkan anak perempuan seorang. Itulah yang dirasai oleh seorang bapa apabila terpaksa merayu kepada Mahkamah Syariah supaya meluluskan perkahwinan anak gadisnya berusia 12 tahun yang enggan pulang ke rumah tetapi mahu tinggal di rumah teman lelakinya.

Pembantu Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim Azmi Ahmad berkata, peristiwa itu berlaku kira-kira dua minggu lalu dan gadis itu dan teman lelakinya berusia 19 tahun akan mendirikan rumah tangga bulan depan.

IKLAN

“Gadis itu baru sahaja mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala pasangannya pula menganggur tetapi ibu bapa mereka bersetuju pasangan itu dinikahkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kem Bina Generasi al-Quran di Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob dekat sini hari ini.

Azmi yang mewakili Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim melancarkan program terbabit berkata, waris gadis berkenaan sudah membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah Daerah sebagai mematuhi Enakmen Keluarga Islam 2008 (Pindaan) Negeri Kedah.

“Bagi pihak perempuan yang berumur di bawah 16 tahun yang mahu bernikah dan lelaki pula yang berusia di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah melalui enakmen tersebut,” katanya yang juga Ketua Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim.

Azmi berkata, kes itu julung kali berlaku sejak berpuluh tahun beliau berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam di Kedah.

Masalah anak lari rumah ini sebenarnya merupakan masalah sosial paling kritikal di Malaysia. Dan ianya berlaku disebabkan banyak faktor diantaranya ingin bebas, masalah keluarga, dorongan rakan sebaya dan juga mungkin kerana cinta. Kalau nak menyalahkan remaja sendiri pun tak boleh juga kerana zaman sekarang, kalau dilihat di televisyen pun, banyak je drama atau filem yang memaparkan scene pergaulan bebas dan tak kurang juga siaran televisyen yang memberi mesej baik untuk remaja mengenai impak negatif pergaulan bebas. Dalam kes ini, si bapa perlulah memilih langkah terbaik supaya hidup anaknya tidak terus begelumang dengan dosa.

20121122-135421.jpg

20121122-135430.jpg

IKLAN
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan