Seorang lelaki Arab Saudi berusia 50-an mencatat rekod unik kerana empat isterinya bersekolah. Lelaki itu mengahwini pengetua, guru dan seorang pelajar di sekolah yang sama manakala isteri keempat adalah penyelia di sekolah lain. Semua guru dan pelajar selalu bergurau mengenainya kerana kes ini sangat unik dan pada masa sama,pengetua berkenaan tidak cuba mengambil kesempatan kerana kedudukannya lebih tinggi daripada madunya.
Guru itu dipetik akhbar Okaz berkata, pengetua melayan madunya seperti orang lain ketika bertugas di sekolah terletak di Jizan, barat laut Arab Saudi. Beliau melayan madunya, guru dan pelajar berkenaan seperti juga pelajar dan guru lain serta tidak membeza-bezakan antara satu sama lain.
Laporan tidak menyatakan sama ada dia mengahwini isterinya serentak atau tidak dan berapa usia pelajar berkenaan. Lelaki itu juga tinggal tidak jauh dari sekolah isterinya. Bagaimanapun, bagi pihak tertentu, mereka memberi pandangan bahawa beristeri lebih daripada satu adalah perbuatan salah dari segi sosial dan jika tidak tahu bertanggungjawab. Satu lagi komen menasihati lelaki berpoligami itu memulakan sekolah lain dan memegang jawatan kanan untuk mengelakkan masalah lain pula timbul.
Boleh tahan jugak selera lelaki arab ni. Tak bagi ruang langsung pada tukang kebun atau cikgu lain nak cuba nasib. Haha. Jangan buat drama bergaduh kat sekolah nanti sudah lah.
Sumber : SINI