Liverpool FC International Academy (Akademi Liverpool) Courts dengan sukacitanya mengumumkan lagenda bola sepak legenda Ian Rush akan membuat penampilan khas di Malaysia untuk peminat bola sepak Liverpool. Sesi meet and greet akan mengambil tempat di Courts, Setapak pada hari Ahad 2 Disember 2012 dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Ian berada di sini kerana tugasan beliau sebagai mentor dan jurulatih untuk Akademi Liverpool yang akan berlangsung dari 3 hingga 14 Disember 2012 di Stadium Persada Plus Mini. Akademi Liverpool Malaysia telah ditaja oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan merupakan satu peluang untuk kanak-kanak menyertai program latihan antarabangsa yang diajar dan dibimbing oleh Ian dan pasukannya yang terdiri dari tiga pakar dan jurulatih dari Liverpool.
Ian, 51 tahun, merupakan lagenda bola sepak yang tidak asing lagi di padang bola sepak sebagai salah seorang penyerang Liverpool dan telah menjaringkan sejumlah 346 gol dalam lebih 660 penampilan dari tahun 1980an hingga 1990an. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan Ian Rush pada hari Ahad ini! 🙂
Lokasi :
COURTS SETAPAK
NO 36 JALAN GENTING KLANG
SETAPAK