Anda ada barangan eletronik rosak atau yang tidak lagi digunakan? Anda boleh dermakan ia mulai hari ini di mana-mana 40 lokasi kutipan terpilih di seluruh negara contohnya di cawangan Hong Leong. Program yang dinamakan TECH CYCLE ini merupakan satu usahasama Yayasan Hong Leong dan SOLS Tech untuk merapatkan jurang digital melalui pembaikpulihan dan penggunaan semula bahan eletronik terbuang dan terbiar seperti komputer, telefon bimbit dan kamera lama yang boleh digunakan sebagai alat e-pembelajaran untuk golongan kurang bernasib baik dan kekurangan.
LAYARI : http://www.solstech.org/
Anda boleh menyumbang kepada TECH CYCLE dengan :
1. Menderma mana-mana alat digital yang tersenarai dalam keadaan berfungsi atau tidak berfungsi beserta bateri, pengecas dan kabel, asalkan produk tersebut keluaran tahun 2004 atau lebih baru.
Barangan : Komputer riba, komputer meja, telefon bimbit, kamera digital, keyboard, scanner, printer, mesin faks, router, monitor komputer
2. Mencalonkan organisasi kebajikan atau bukan berunsur keuntungan sebagai penerima peralatan yang didermakan.
3. Menjadi sukarelawan TECH CYCLE dan menyokong aktivitinya melalui pengajaran cara penggunaan komputer dan peralatan digital lain kepada penerima sumbangan, menyumbangkan bantuan teknikal untuk pemasangan perisian atau bahagian perkakasan komputer.
4. LIKE laman FACEBOOK TECH CYCLE dan ikuti perkembangan TECH CYCLE melalui Twitter dan sebarkan maklumat mengenai TECH CYCLE sekerap mungkin.
Cawangan Hong Leong menerima sumbangan anda dari 8hb hingga 24hb setiap bulan di antara 10:30 pagi hingga 3 petang pada hari Selasa hingga Jumaat.
Anda juga boleh mencari trak atau sepanduk TECH CYCLE yang akan melawat lokasi terpilih di seluruh negara.
Lokasi dan tarikh kutipan barang untuk tahun 2012 ( Disember 2012 )
Names | Address | Date of collection |
---|---|---|
Vishnu Narayan | Publika Shopping Gallery, 1 Jalan Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 KUALA LUMPUR | 30/11/2012 |
|
||
Choong Pei Sie | 60, Jalan 2, Kepong Baru, 52100 KUALA LUMPUR | 06/12/2012 |
|
||
Diana Danasri | 80 & 82, Jalan Othman 1/14, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR | 11/12/2012 |
|
||
Yap Sook Ching | 36 & 38, Jalan Segambut Utara, Segambut, 51200 KUALA LUMPUR | 13/12/2012 |
Anda boleh layari http://www.solstech.org/location/ untuk mengetahui lokasi kutipan barang.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari :
Facebook : www.facebook.com/SOLSTech
Twitter : www.twitter.com/SOLS247