Honda telah mengeluarkan satu model baru Honda Fit menarik yang dinamakan “SHE”. Kenderaan untuk wanita sebenarnya bermula sejak tahun 1950an lagi, dan memang seronok jika ada sebuah kereta yang dibuat untuk wanita – lengkap dengan ciri-ciri kereta berwarna merah jambu, cermin depan yang mampu menghalang 99% sinar UV yang membantu mengurangkan kedutan kulit dan penyaman udara yang membantu wanita berkulit sensitif. Sistem Plasmacluster AC juga diletakkan yang mampu merawat kualiti udara, dan meningkatkan kualiti kulit seseorang apabila anda memandu.
Sebelum ini kereta Chrysler Dodge’s La Femme pernah dijual dengan adanya ruangan untuk gincu dan dompet wanita tetapi hanya mampu dijual pada tahun 1955 hingga 1956, kerana tidak laku. Pada tahun 2000 pula, Ford bekerjasama dengan Maytag, dengan mengeluarkan minivan yang lengkap dengan mesin basuh dan microwave. Selain dari warna merah jambu, Honda She juga terdapat dalam warna putih dan juga coklat dan dijual pada harga bermula dari $17,500 ( RM53,000 )