Melalui sebuah mikrosite yang di hos oleh Groupon, sebanyak RM140,980 berjaya dikumpul dari rakyat Malaysia dan diberikan kepada 17 rumah kebajikan yang telah dipilih khas oleh 17 finalis Miss Universe Malaysia 2013. Kempen yang diberi nama Be The Different melibatkan rumah kebajikan seperti Shelter Home for Children, HOPE Worldwide, Rumah HOPE, SPCA Selangor, Kiwanis Job Training Centre, Malaysian Dogs Deserve Better, Rumah Kasih Nurul Hasanah, Dyslexia Malaysia, The House of Joy, The Good Samaritan House, The Shepherd’s Centre Foundation, The Saint Barnabas Home, The Precious Children Home, SPCA Sabah, SPCA Sarawak, Malaysia Nature Society dan yayasan Chow Kit.
Ini merupakan langkah terbaik untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap mereka yang kurang bernasib baik di seluruh negara. Melalui kerjasama Organisasi Miss Universe Malaysia dan Groupon, diharapkan agar ramai lagi rakyat Malaysia yang membuka mata untuk membantu meringankan beban orang lain dan juga kempen ini dapat diterusnya dari semasa ke semasa.
Sebelum ini Groupon Malaysia pernah terlibat di dalam acara kebajikan bersama Unicef, The World Food Programme, Hope Worldwide dan juga World Vision Malaysia.