Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Suami dayus belasah, tendang isteri kerana kejut tidur tak sengaja

by Aida Sue
November 30, 2012
Gambar hiasan

Gambar hiasan

Share on FacebookShare on Twitter

 

Gambar hiasan

Hanya kerana anak berusia setahun dua bulan terjatuh atasnya, seorang suami sanggup menendang isteri sebelum menggugut mahu menghempas anaknya itu ke lantai dalam kejadian di Taman Dagang, Ampang, kelmarin.

Dalam kejadian  jam 7.50 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun hendak mengejutkan suaminya yang berusia 20-an daripada  tidur sebelum anak perempuannya yang berusia setahun dua bulan terjatuh atas lelaki berkenaan.

IKLAN

Sumber polis berkata, mangsa yang terkejut melihat anaknya terjatuh tidak mampu berbuat apa-apa dan apabila mahu mendukung semula anaknya, suaminya yang ketika itu baru tersedar daripada tidur terus agresif menendang mangsa beberapa kali. Selepas kejadian itu, mangsa membawa anaknya duduk di sofa.

Ketika itu, tiba-tiba suaminya muncul dan terus memukul kepala dan muka mangsa beberapa kali dengan bantal sebelum mencampak anaknya ke lantai, namun bernasib baik kerana mangsa sempat mengambil anaknya itu sebelum terjatuh. Suami mangsa turut menampar anaknya itu. Mangsa yang takut anaknya dicederakan  mengambil dompet dan kunci kereta sebelum melarikan diri ke balai polis berhampiran.

 

Tags: dera isteriisu semasamalaysia isu semasapukul isterisuami belasah isterisuami pukul isteri
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan