November lalu, kami di Wanista telah diberi penghormatan menghadiri perasmian butik terbaru Oroton di Level 2, Fashion Avenue, Pavilion, Kuala Lumpur.
Oroton adalah sebuah jenama mewah terkemuka yang berasal dari Australia. Ditubuhkan pada tahun 1938, Oroton sangat sinonim dengan penghasilan barangan berkualiti tinggi dan menjadi ikon di era 60an dan 70an kerana mempopularkan emas dan perak sebagai asas dalam penghasilan aksesori wanita, terutamanya beg dan tas tangan. Sehingga kini, Oroton dikenali sebagai pembuat dan pereka beg dan tas tangan berkualiti di dunia.
Antara aksesori yang dijual di Oroton selain beg dan tas tangan wanita, juga dijual beg dan dompet untuk lelaki, aksesori kristal, kacamata, kasut dan juga pakaian. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh selebriti seperti Ziana Zain, Natasha Hudson, Lisa Surihani dan dihoskan sendiri oleh CEO Oroton, Sally Macdonald.
Selain di Pavilion, Oroton juga telah dibuka di The Gardens Mall dan Suria KLCC. Berikut adalah gambar-gambar antara aksesori cantik dan mewah yang dijual di Oroton, Pavilion.