Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Akademi Liverpool Kembali Lagi

by Aida Sue
December 4, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Courts dalam kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan kembalinya Liverpool FC International Academy (Akademi Liverpool) ke negara Malaysia pada 3 – 14 Disember ini.

Sebanyak lebih 200 kanak-kanak direkrut dari kedai Courts. Melalui program latihan kebangsaan FAM, mereka akan berpeluang sekali eumur hidup satu untuk menyertai program Reds. Kejurulatihan legenda ini telah melahirkan pemain bola sepak terkemuka itu seperti Steven Gerrard, Michael Owen dan Robbie Fowler.

Dalam satu sidang akhbar yang lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberikan sokongan mereka terhadap Akademi Liverpool. Sebagai tanda sokongan terhadap bengkel latihan antarabangsa ini, FAM akan hadir untuk memberi sokongan kepada inisiatif ini dan akan menyediakan akses utama kepada sumber-sumber latihan di lokasi, kemudahan logistik dan menyediakan kepakaran pengambilan.

IKLAN

Ketua Eksekutif Operasi Court, Terry O Connor berkata “Kami bangga dapat menyediakan satu platform untuk mengembangkan bakat belia dan kanak-kanak Malaysia dengan program latihan antarabangsa dan menyediakan mereka peluang untuk membangunkan minat yang lebih besar dan mengasah kemahiran mereka dalam bidang bolasepak, dan seterusnya dapat bersaing di peringkat global.”

Akademi Liverpool terbuka kepada semua kanak-kanak Malaysia berumur dari semuda lima tahun hingga 16 tahun. Kanak-kanak dikehendaki membawa bersama but bola sepak mereka sendiri. Mereka akan diberi kit latihan Liverpool yang terdiri daripada jersi, seluar pendek, stoking dan lanyard untuk dibawa pulang bersama-sama selain mendapat pelbagai tip dan tricks bola sepak.

Akademi Liverpool akan berlangsung pada 3-14 Disember 2012 di Prasada Plus Mini Stadium di Petaling Jaya. Ianya diketuai oleh seorang pemain lagenda Liverpool, Ian Rush yang juga akan membuat kejutan terhadap peminat di Courts pada 2 Disember. Ian juga akan menjadi mentor kepada peserta yang terpilih memasuki akademi ini.

Ibu bapa yang berminat untuk mendaftar anak-anak mereka ke Akademi Liverpool hanya perlu berbuat demikian di salah satu daripada lapan pusat pengambilan yang diadakan di Courts di seluruh negara. Penyertaan adalah percuma, dan kanak-kanak akan dibahagikan kepada dua kategori – bawah 12 dan bawah 16. Roadshow pengambilan telah dijalankan sejak akhir Oktober dan kemuncaknya adalah roll akhir pendaftaran yang akan diadakan di Courts, Klang pada 24 – 25 November.

Tags: apexbolasepakfamfootballggmuliverpoolmanchester united
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan