Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Review - Makanan

Suka Makan Pedas? Cuba Sambal Sunda!

by Aida Sue
December 4, 2012
27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Wulujing Sumping dipilih sebagai kata-kata aluan yang dipamerkan pada pintu masuk Restoran Cibiuk yang beroperasi di Kajang, Selangor sejak Oktober lalu.

Membawa maksud selamat datang, ia merupakan cawangan pertama Restoran Cibiuk di Malaysia. Setakat ini ia mempunyai 34 cawangan di Indonesia khususnya di sekitar Jakarta dan Bandung.

Foto - Pinterest

5 Jenis Sambal Yogyakarta Ini Kena Cuba Buat, Pedas Menyengat Dan Sedap

January 29, 2021
Foto - Starla Fitch

Ohh Baru Tahu 6 Tindakan Ni Bahaya Dilakukan Selepas Makan…

March 22, 2018

Cibiuk, nama sebuah perkampungan di Bandung, terkenal dengan masakan orang Sunda terutamanya sambal. Tidak hairanlah jika restoran ini menyajikan 12 jenis sambal yang dibuat mengikut tahap kepedasannya iaitu daripada 1 hingga 12. Pastinya sambal tahap 12 ialah yang paling pedas.

Menurut pengurus restoran, Yasmin Mansor, makanan orang Sunda kurang berkuah.

Cili merah

“Sambal Sunda popular dengan kepedasannya. Peliknya, semakin pedas semakin pelanggan ingin makan. Walaupun berbeza tahap kepedasan, boleh dikatakan kesemua ramuannya terdiri daripada cili hijau, cili merah dan buah mangga,” terang Yasmin.

Selain itu, pisang goreng bersalut keju serta coklat cair turut menjadi tarikan.

“Kita biasa menikmati pisang goreng tetapi tidak pernah mendengar mengenai pisang keju,” katanya.

Air kelapa durian ala Cibiuk pula jangan dilepaskan.

“Buah kelapa akan dipotong kepada dua bahagian tetapi isi serta sabutnya tidak dibuang. Kemudian, minuman ini dicampur bersama seulas durian, aiskrim vanila dan jeli hijau,” cerita Yasmin.

IKLAN

Makanan lain yang disediakan ialah nasi bakar ayam goreng, paket kasterol nasi liwet dan nasi timbel komplit dengan harga kira-kira RM10,” tutur Yasmin.

Menurut seorang pelanggan, Tariq Abdul Jalil, dia teruja menikmati sambal Cibiuk.

“Semakin terasa pedas semakin kita ingin menikmatinya dengan nasi.

“Kegemaran saya ialah nasi timbel komplit kerana ia lengkap dengan nasi, ayam goreng kampung, tauhu bakar dan sup,” katanya.

Bagi Nurhani Husin, dia menyukai nasi yang rasanya seperti pulut.

“Saya juga tertarik dengan pisang goreng keju yang lazat. Jarang sekali pisang goreng dicampurkan dengan keju serta coklat cair tetapi hasilnya cukup menyelerakan,” katanya.

Perkara lain yang menarik mengenai Cibiuk ialah sebahagian besar pekerjanya, daripada pelayan, tukang cuci, tukang masak hinggalah pengurus merupakan pelajar sekolah tahfiz.

Menurut pemilik bersama Cibiuk Malaysia, Faridah Mansor, perkara itu bertujuan mendedahkan pelajar sekolah tahfiz dengan ilmu keduniaan khususnya perniagaan.

“Mereka boleh menguruskan perniagaan dan berdakwah sekali gus,” Faridah berhujah.

Sumber: Harian Metro

Nota kaki: Team Wanista.com pasti akan mencuba sambal sunda ini dalam masa terdekat. Tunggukan review kami

Tags: ayam penyetindojjcmlombokmakansambalsedapsunda
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.