Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

Kotex® Umumkan Pemenang “Carian Gadis Konfiden Kotex® Fresh”

by Aida Sue
December 5, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

“Carian Gadis Konfiden Kotex® Fresh” yang telah mendapat sambutan hangat akhirnya mengumumkan tiga pemenang terbaik yang dipilih dari 30 peserta akhir yang menyertai Kotex® Fresh Boot Camp yang diadakan secara eksklusif di Club Med Cherating, dengan beberapa siri bengkel dan aktiviti yang diolah khas untuk meningkatkan keyakinan mereka serta menampilkan kualiti terbaik setiap peserta.

“Carian Gadis Konfiden Kotex® Fresh” merupakan sebahagian daipada usaha berterusan Kotex® untuk membangkit semangat dan meningkatkan pengetahuan wanita agar menjadikan penjagaan kebersihan diri sebagai sebahagian dari rutin harian dan berazam untuk menikmati kehidupan dengan penuh keyakinan.

Nur Zaireen binti Mohd Zait, 18, dari Johor Bahru, Johor, yang muncul sebagai gadis yang terbaik mempamirkan kualiti Gadis Konfiden Kotex® Fresh memenangi Hadiah Utama RM5,000 serta bekalan pad dan pantiliner Kotex® selama satu tahun, sementara Norain binti Abdullah, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Teh Mei Yi, 20, dari Alor Setar, Kedah berada di tempat kedua dan ketiga, masing-masing memenangi RM4,000 dan RM3,000, serta bekalan pad dan pantiliner Kotex® selama satu tahun juga! 27 peserta akhir yang lain menerima RM1,000 setiap seorang.

IKLAN

“Pada mulanya, saya tidak sangka saya boleh menang, tetapi saya bersyukur kerana dapat mempelajari banyak perkara dalam sesi-sesi kem ini bersama Kotex®,” kata Nur Zaireen, pemenang tempat pertama. “Sesi menggunakan teknik pembayangan betul-betul berkesan – saya membayangkan saya boleh memenangi Carian Gadis Konfiden Kotex® Fresh …dan ia telah menjadi kenyataan hari ini!”

Selain itu, hadiah juga diberikan kepada peserta yang menyerlahkan bakat terbaik dalam bidang tertentu – hadiah Penyampai Terbaik jatuh kepada Norain binti Abdullah (yang juga pemenang tempat kedua), Ahli Berkumpulan Terbaik dimenangi Chinta Ily binti Mokhtaruddin, 20, dari Shah Alam, Selangor, Pemimpin Terbaik dimenangi Nur Zaireen binti Mohd Zait (yang juga pemenang tempat pertama), Ratu Congeniality merupakan Teh Mei Yi (juga pemenang tempat ketiga), Ratu Revolusi jatuh kepada Kamaria Hana binti Kamaruzaman, 23, dari Kuala Lumpur, Gadis Paling Ceria dimenangi Ku Nor Afiqah binti Ku Abd Halim, 20, dari Kemaman, Terengganu, dan Ratu Fashionista dimenangi Nor Mastura binti Ahmad Tajudin, 22, dari Pulau Pinang.

Pengadil memilih tiga gadis terbaik yang mempamerkan peningkatan yang cemerlang dalam tahap keyakinan keseluruhannya pada penghujung kem dengan menilai peserta berdasarkan kualiti seperti cara bergaul, mengekalkan hubungan mata ketika berinteraksi, sanggup mengakui kelemahan dan kesalahan, bersikap positif, mampu menasihati orang lain dan menghormati jurang perbezaan yang ada.

Tahniah para pemenang!

IKLAN
Tags: gadiskotexnad zainalpadtuala wanita
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan