Adakah anda bersedia untuk mengakhiri tahun ini dengan super meriah? Research In Motion bakal mempersembahkan BlackBerry Muzik Mania Konsert dan Karnival pada 31 Disember di Stadium Malawati, Shah Alam. Antara barisan pemuzik yang bakal menggegarkan pentas Blackberry Muzik Mania ialah kumpulan rock legenda Indonesia, Sheila On 7 ,kumpulan rock terkemuka Malaysia, Hujan, selain Bunkface & Protokol Kyoto serta team hip hop Kartel terkemuka negara. Turut dilengkapi oleh bintang tempatan Oh! Chentaku, Sofazr, Meet Uncle Hussain, Sense 6, GoGerilla! dan Amir Jahari.
Selain daripada menampilkan barisan band yang memenangi anugerah dan pengunggul carta, Mania BlackBerry Muzik juga akan menampilkan karnival yang dijalankan seiring dengann konsert di kawasan luar Stadium Malawati.
Selain pelbagai jenis pilihan F & B dan gerai jualan, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan aksi lasak BMX dan demonstrasi grafiti oleh Wakaka Crew. Krew jalan yang serba boleh ini juga akan membuat tarian Breakdance dan berbasikal BMX. Ini adalah untuk memastikan tahap adrenalin anda tinggi sepanjang hari.
Kemasukan untuk karnival adalah percuma tetapi untuk konsert, anda memerlukan tiket. Bagaimana untuk mendapatkan tiket? Layari http://blackberrymusicmania.com.my/
IKLAN
Lowyat.NET adalah portal rasmi untuk BlackBerry Konsert Mania Muzik & Karnival dan team kami, termasuk Wanista.com akan menghadiahkan tiket untuk konsert ini. Bukan itu saja, kami juga akan menghadiah tshirt khas dan terhadi dari The Swaggeer Salon.
Nak tiket ke Konsert Blackberry Music Mania?
Kami akan beri sepasang tiket konsert pada setiap pemenang dan setiap hari kami akan pilih 3 pemenang bertuah di laman Facebook dan juga Twitter.
Info penuh disini : SINI
Follow kami di Facebook : https://www.facebook.com/WanistaMY
Twitter : https://twitter.com/Wanistamy