YOKUK Supercar Rides 4Charity adalah satu inisiatif antara Supercar Charity Challenge (SCC) dan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), sebuah organisasi amal untuk orang dewasa dan kanak-kanak kurang upaya. Tumpuannya adalah untuk mengumpul RM200, 000 untuk membentuk Unit Penjagaan paliatif yang menyediakan unit kejururawatan yang betul dan rawatan perubatan untuk dewasa dan kanak-kanak yang sakit di rumah mereka atau apabila diperlukan, dan memberi kemudahan yang secukupnya untuk memenuhi keperluan mereka.
Terdapat banyak rumah kebajikan yang tidak mendapat penjagaan yang baik terutamanya dari segi perubatan. Jadi ramai di antara mereka yang menderita akibat daripada komplikasi penyakit serta masalah lain yang hadir dengan rawatan yang tidak wajar. Dengan wujudnya Unit Penjagaan Paliatif ini, kanak-kanak ini akan mendapat penjagaan yang secukupnya dari segi perubatan dan kejururawatan yang mereka impikan.
YOKUK Supercar Rides 4Charity acara adalah merupakan satu saluran yang boleh kita gunakan, dan ia adalah satu cara yang bagus untuk tidak hanya meningkatkan kesedaran awam nasib mereka, tetapi untuk juga merupakan acara yang menyeronokkan dalam membuat perbezaan dalam kehidupan orang lain dan Maya Karin merupakan Duta Muhibbah YOKUK. Supercar Rides 4Charity YOKUK dilancarkan secara rasmi pada 7 Disember 2012, dengan acara lelongan amal karya seni dari beberapa galeri, beg tangan berjenama dan cermin mata hitam, produk-produk kecantikan yang ditaja oleh Kanebo Malaysia dan Bobbi Brown, serta photocrafter antarabangsa Suchen SK.Selain itu juga satu pertunjukan fesyen barang kemas akan diadakan oleh Facets Jewellery.
Supercar Rides 4Charity YOKUK akan membuat acara khas pada 8 Disember di White Box, MAP @ Publika, 12 tengah hari di Solaris Dutamas. Orang awam dijemput untuk mencuba kereta berkuasa tinggi seperti Lamborghini, Ferrari, Porsche, Aston Martin dan Maserati dengan bayaran dari RM100 hingga Rm150 dan mengambil bahagian dalam pertandingan simulasi kereta ‘ Race Of Champions’.
Antara kereta mewah yang anda dapat lihat adalah :
- Lamborghini Countach S
- Lamborghini Diablo
- Lamborghini Super Trofeo Stradale
- Lamborghini Aventador
- Aston Martin DB 9
- Ferrari GTO
- Ferrari 458
- Porsche 997 GT3RS 4.0
Untuk maklumat lanjut mengenai YOKUK Supercar Rides 4Charity dan bagaimana anda boleh menyumbang, sila layari www.yokuk.org atau laman Facebook Cabaran Supercar Amal (SCC), atau hubungi Stella Lee di 6012-6683837.