
Pada yang masih ingat dengan kumpulan pop dari England iaitu Spice Girls yang pernah popular sekitar tahun 1990an dulu, pastinya ingin melihat gambar terkini mereka kan? Sebelum ini kumpulan Spice Girls yang dianggotai oleh Melanie Brown (Scary Spice), Geri Halliwell (Ginger), Melanie Chisholm (Sporty), Emma Bunton (Baby) dan Victoria Beckham (Posh) pernah membuat persembahan yang ala-ala grand juga di majlis penutup sukan Olimpik di London dan kini mereka bersatu semula untuk tayangan perdana muzikal terbaru, Viva Forever.
Acara ini dibuka dan mendapat banyak ulasan negatif, tetapi Spice Girls berharap ia akan mengikuti kejayaan “jukebox” muzikal seperti Queen “We Will Rock You” dan Abba “Mamma Mia”. Viva Forever juga telah dihasilkan oleh produser Mamma Mia iaitu Judy Craymer dan skripnya juga ditulis oleh pelakon komedi British , Jennifer Saunders.
Dalam gambar ini, nampaknya Victoria Beckham macam tak berapa gembira seperti rakan-rakan Spice Girls yang lain. Kenapa ya? Victoria telah hadir ke majlis red carpet paling lewat, hanya mahu bergambar dengan keluarga sahaja dan juga duduk bersama keluarganya sahaja semasa tayangan Viva Forever. Selain itu, apabila tayangan selesai, anggota Spice Girls yang lain telah bersama-sama pergi ke post party Viva Forever dan Victoria pula balik ke rumah bersama keluarganya. Adakah bagi Victoria, Spice Girls hanyalah cerita ‘terdahulu’ nya? Atau anggota Spice Girls yang lain masih lagi ingin merasa saat manis zaman kegemilangan mereka macam dahulukala?