Kalau sebelum ini pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki berlepas ke Gaza bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di sana. Afdlin yang baru dilantik sebagai duta organisasi sukarelawan, Aqsa Syarif ke sana bersama lima krew produksi miliknya, Vision Works . Misi kemanusiaan kendalian Aqsa Syarif selama seminggu sejak 3 Disember lalu diketuai Norazmi Talib dengan disertai 17 sukarelawan termasuk pelakon, Zain Saidin dan Bront Palarae.
IKLAN

Kali ini seorang pelakon dan selebriti wanita tanah air iaitu Sharifah Sofia juga mengikut jejak langkah Afdlin Shauki tetapi caranya sedikit berbeza iaitu dengan menganjurkan program Walk For Peace. Program Walk For Peace anjuran bersama Aqsa Syarif ini akan berlangsung pada 22 Disember 2012 di Dataran Shah Alam yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 malam dimana para selebriti dan juga rakyat Malaysia berganding bahu membantu dan meringankan beban saudara di Gaza Palestin. Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga turut memberikan sokongan dalam acara ini dan diharap dapat membantu memberikan kesedaran mengenai perang menentang GAZA dan untuk mengumpul dana, pakaian, selimut dan juga makanan kering makanan untuk mangsa-mangsa perang ini.
Selain dari acara berjalan kaki oleh para selebriti dan peminat, pelbagai acara menarik lain turut diadakan untuk mengumpul dana untuk diberikan pada rakyat Palestin.
Siapa selebriti yang bakal menyertai Walk For Peace ini? Apa lagi aktiviti menarik? Nantikan update dari kami ya? 🙂 Jangan lupa SAVE THE DATE!
Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi terus Sharifah Sofia di laman Twitternya : twitter.com/sharifahsofia
atau layari : www.aqsasyarif.org.my/