Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Kejadian Menyayat Hati Di Connecticut: 20 Kanak-kanak Terkorban

by Aida Sue
December 15, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Wanista dikejutkan dengan berita gempar pagi tadi dengan kematian lebih kurang 20 orang kanak-kanak selepas dibunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah sekolah, Sandy Hook Elementary School, Connecticut.

Adam Lanza, 20 tahun, bukan sahaja membunuh 20 orang kanak-kanak, malahan turut mengorbankan ibunya sendiri, Nancy Lanza dan 5 mangsa dewasa lain dalam kejadian itu. Dia kemudiannya turut mati, dipercayai ‘di tangannya sendiri’.

IKLAN

Apa salah semua kanak-kanak itu agaknya? Namun penghargaan setinggi-setingginya harus diberikan kepada para guru di Sandy Hook Elementary School itu kerana berjaya menenangkan dan menyelamat kanak-kanak yang lain.

“Guru-guru mengatakan bahawa bunyi yang mereka dengari itu bunyi alat pertukangan. Salah seorang guru mengarahkan anak-anak muridnya ke dalam bilik air dan mengunci pintu serta menenangkan mereka. ” – Linda Procaccini, ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang terselamat.

“Saya terdengar bunyi seperti tin-tin terjatuh. Seorang guru pergi untuk melihat bunyi tersebut, masuk kembali ke kelas, mengunci pintu dan mengumpulkan kami di sudut kelas sehingga polis tiba.” – Richi, 7 tahun.

Philip, 10 tahun yang ketika itu berada di gym – “Saya dengar bunyi bising dan jeritan. Guru sukan segera mengumpulkan kami di satu sudut.”

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menceritakan bagaimana dia diselamatkan oleh gurunya semasa kejadian tembak-menembak bermula.

“Saya nampak peluru ke laluan di sebelah saya, kemudian seorang guru menarik saya masuk ke kelasnya. Bunyi tembakan kedengaran seperti bunyi orang sedang menendang pintu”

Pembunuh, Adam Lanza, muncul di sekolah tersebut lengkap berpakaian ala tentera dan membawa bersamanya tiga pucuk pistol. Mangsa pertama Lanza adalah pengetua sekolah tersebut.

Ini adalah kejadian buruk yang kedua dalam sejarah Amerika selepas kejadian tembakan rawak di Virginia Tech, yang mengorbankan 32 mangsa.

IKLAN
Wajah pembunuh – Adam Lanza semasa kecil
Sandy Hook Elementary School

Tags: comelkanak-kanakkejamkillingmassacreobamapembunuhpembunuhanshootingterroristusa
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan