Selebriti seperti Rihanna, Chris Brown, Kim Kardashian, Kendall Jenner, Khloe Kardashian merupakan antara selebriti yang aktif menggunakan aplikasi gambar Instagram. Tetapi baru-baru ini apabila Instagram memperkenalkan peraturan dan polisi gambar yang baharu di Instagram, ramai selebriti dan mereka yang aktif mengugut mahu menutup akaun mereka kerana merasakan tindakan Instagram untuk menggunakan gambar pengguna mereka untuk tujuan pengiklanan adalah tidak adil pada pengguna.
Dasar polisi baru itu akan membolehkan aplikasi perkongsian foto yang dimilik oleh laman popular Facebook itu mendapatkan keuntungan dan kawalan imej yang diberikan melalui aplikasi Instagram. Pada hari Selasa lepas, syarikat itu mengumumkan ia akan mengubah dasar dan terma : “Sebuah perniagaan atau entiti lain boleh membayar atau mengiklan dengan menggunakan username anda, gambar , atau apa-apa tanpa apa-apa pampasan dan ia akan berkuat kuasa mulai 16 Januari 2013. Polisit itu telah ditafsirkan oleh ramai pengguna sebagai Instagram akan mengambil gambar pengguna dan menjual ia tanpa memberi sebarang pampasan kepada pengguna.
Sebelum ini pengguna boleh menjual gambar Instagram mereka melalui laman Instacanvas dimana pembeli hanya perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan dan membeli gambar pengguna Instagram yang mempunyai akaun Instacanvas.
Menurut pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom, mereka tiada niat untuk menjual gambar tetapi untuk menggunakan maklumat pelanggan untuk membolehkan perniagaan dan pengguna lain mengiklan dan mendapat pengikut di akaun Instagram mereka.
Berikut merupakan tweet beberapa selebriti yang terlibat di dalam usaha memboikot polisi Instagram yang baharu ini