Berikut merupakan senarai ketua-ketua negara dan kerajaan dengan nilai bersih harta mereka, secara amnya menggunakan nilai mata wang AS Dollar bagi tujuan perbandingan mudah, dengan senarai bekas ketua negara, dan ketua kerajaan yang disenaraikan secara berasingan daripada penjawat semasa.
Raja Thailand dan Raja Brunei menduduk tangga teratas dengan masing-masing mempunyai harta sebanyak $30billion ( RM90bilion ) dan $20billion ( RM60bilion ).
Banyak faktor yang diambil kira dalam menentukan nilai bersih harta mereka seperti matawang tunggal, terutamanya kuasa membeli, dan taraf hidup di negara ibunda seseorang yang boleh meningkat dan menurun dan nilai relatif kepada harta pemimpin lain di dalam senarai ini.
Di dalam senarai ini, bekas perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Muhamad menduduki tempat kedua dengan harta $44bilion ( RM120bilion atau lebih ) dibelakang pemimpin Hosni Mubarak dengan harta sebanyak $40-$70bilion semasa tampuk pemerintahannya. Selama 22 tahun pemerintahan beliau, Tun Mahathir dengan mudah dapat mengumpul aset dan harta dari AS $22bilion hingga $40bilion. Berbeza dengan Mesir, Malaysia mempunyai sumber-sumber semulajadi yang lebih banyak daripada Mesir dan ekonomi Malaysia adalah kukuh walaupun tidak kurang rosaknya daripada Mesir. Sama seperti Mesir, rasuah di Malaysia begitu berakar disetiap institusi – dari pemerintahan beraja, kehakiman, eksekutif, perundangan kepada polis pangkat terendah.
Jika ada satu faktor yang memisahkan Malaysia dari Mesir, itu adalah pengangguran. Parti pemerintah Malaysia adalah bijak untuk menjana peluang pekerjaan di pelbagai jabatan kerajaan terutamanya untuk menampung etnik Melayu, walaupun pekerjaan yang diwujudkan tidak diperlukan. Selagi kerajaan Malaysia boleh memberikan rakyat pekerjaan dan ‘gula-gula’, demonstrasi yang dilihat di Mesir tidak akan berlaku di Malaysia.
Kita patut berbangga kerana ada pemerintah Malaysia juga termasuk di dalam senarai paling kaya di dunia! 1Malaysia!
Sumber : SINI