Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

Ditipu Cinta Cyber: Adakah Kamu Mangsanya?

by Aida Sue
April 20, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau nak mulakan artikel dengan “apa itu cinta cyber?”, akan kedengaran seperti sungguh cliche. Sedangkan di Wanista, saya cuba menyajikan pembaca dengan isu-isu yang ada klimaks. Ecewah! Jadi saya mulakan artikel ini dengan persoalan, pernahkah kamu dilamun cinta cyber? Pernahkah kamu bercinta dengan seseorang yang belum pernah kamu bersua muka?
Dan pernahkah kamu ditipu oleh cinta cyber?

Apa yang saya akan kupas sebentar lagi, adalah pendedahan dari kajian dan pengalaman orang sekeliling apabila ditipu cinta cyber.
Mula-mula sekali, mari lihat jika ciri-ciri cinta cyber:
– Kalau kamu dalam sebuah perhubungan yang komunikasinya bergantung penuh pada medium internet; chatting, facebook, twitter, whatsapp, bbm;
– Kalau istilah ‘bertentang mata’ dalam hubungan kamu hanyalah dalam bentuk jpeg/jpg, iaitu gambar.
– Kalau kamu terpikat pada si dia kerana sikap romantis dan ambil beratnya, yang dizahirkan hanya dalam bentuk tulisan.

IKLAN

Jika untuk soalan pertama saja, kamu sudah menganggukkan kepala, maka kamu dalam cinta cyber. Dan sehingga perenggan ini, perlu saya memberi amaran kepada kamu bahawa cinta cyber, suatu hubungan cinta yang mungkin boleh berjaya, namun sangat kurang ciri-ciri realistik dan lebih banyak penipuan dari kejujuran.

Fine, kekasih cyber kamu seorang yang tampan, romantis, sering mengambil berat tentang diri kamu, dengan mudah mengatakan perasaan cinta dan rindu, begitu sempurna. Tapi cuma ada satu kekurangan, kamu belum pernah bertentang mata dengannya. Maka, tak salah kalau saya katakan, kamu patut meragui mewujudan kekasih cyber kamu itu. Mengapa?

1) Jika kamu belum pernah bersua, tetapi wajahnya di dalam gambar mencuri hati kamu. WAKE UP! Kamu pasti itu gambar si dia? Bukan susah sangat hendak curi gambar orang lain. Facebook ada banyak gambar, kalau mangsa kecurian tu tak tukar Privacy Setting pada album gambarnya, lagi senang nak curi. Tak cukup dengan Facebook, Google Images kan saja.

2) Jika kamu belum pernah bersua, namun dia beberapa kali menelefon kamu, maka pastilah dia wujud seperti yang dia katakan. WAKE UP! Maaf cakaplah, sistem pendaftaran nombor pra-bayar mudah alih di Malaysia ni masih belum ketat. Asalkan kamu tahu nombor kad pengenalan seseorang , kamu dah boleh daftar nombor itu guna nama pemilik nombor kad pengenalan itu. Jadi katakan curiosity kamu sebagai mangsa cinta cyber membara dan kamu menyiasat siapa pemilik nombor itu, belum pasti itu nama sebenar si penipu.

3) Jika kamu belum pernah bersua, namun dia beberapa kali menelefon kamu, namun kamu sukar menghubungi dia. WAKE UP! Berkemungkinan besar dia sudah berpunya, dan menjawap panggilan kamu pada masa tertentu menjadi sukar sebab mungkin dia sedang dating atau mungkin juga sedang melayan isteri dan anak.

4) Jika kamu belum pernah bersua, dan kamu sama sekali tak pernah dapat menghubungi dia. Alasannya, tak dengarlah, mandilah, tidurlah. Namun kamu sering voice chat di YM atau Skype. WAKE UP! Kamu bukan hanya perlu meragui kewujudan dia, malah perlu juga meragui jantinanya. “Tapi masa dia voice chatting dengan saya, dia memang lelaki. Jadi tak perlu diragui lagi.”. WAKE UP kuasa dua. Di bawah ini saya senaraikan software yang dapat ubah suara kamu; lelaki jadi perempuan dan sebaliknya dan software ini compatible dengan hampir semua jenis messenger:

IKLAN


AV Voice Changer

MorphVOX Pro Voice Changer

5) Jika kamu belum pernah bersua, namun dia memberikan 1001 alasan untuk tidak berjumpa kamu. Alasan paling kerap digunakan: masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan, kemalangan, jatuh sakit dan secara tiba-tiba ingin memutuskan hubungan dengan kamu. WAKE UP! Kamu tidak akan berpeluang jumpa dia sampai bila-bila. Sebabnya, gambar yang dia berikan pada kamu 100% dalah gambar palsu, dan yang lebih parah mungkin dia bukan seorang yang berlainan jantina dengan kamu! Kalau itu memang gambar dia, apa yang dia takutkan sangat kan?

Mungkin ada yang di luar sana yang nak cakap, “Tipu perasaan je, bukan tipu duit” maka ingin saya tegaskan di sini. Apa yang menyebabkan kamu merasakan duit itu lebih berharga dari perasaan? Kalau ada ahli keluarga kamu yang hampir gila akibat perasaannya dimainkan dalam cinta cyber, kamu rasa duit itu dapat mengubat lara dihatinya? Kan saya dah keluarkan ayat sastera saya akibat marah!

Mengapa agaknya terjadi masalah seperti ini? Mudah saja, kerana words are cheap, kata-kata itu boleh menjadi permainan di bibir yang manis. Bukan sukar sangat nak tunjukkan affection pada seseorang melalui kata-kata. Mesej berbunyi seperti “Sayang, you apa khabar? I rindukan you” jika diberikan pada yang berjiwa halus terutamanya wanita, jiwa itu akan mudah tersentuh. Penipu cinta cyber mungkin mulanya sekadar have fun, suka-suka, namun bila dah terjebak ia macam satu ketagihan. Bila dah ketagih, susah nak patah balik. Maka berlakulah penipuan demi penipuan. Yang akhirnya memakan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

Jadi bagaimana nak mengatasi masalah ni? Cara paling senang adalah seboleh-bolehnya jangan libatkan diri kamu dalam cinta cyber. Saya tahu, ada yang cuba nak bagi alasan “Ramai je yang bercinta cyber. Ada yang dah kahwin pun”. Kamu salah. Yang berjaya dalam cinta cyber ni sebenarnya mereka menggunakan internet sebagai medium perkenalan, membawa perhubungan itu ke alam realiti dan meneruskan komunikasi mungkin disebabkan jarak dan environment ke cyber semula. Bukan cuma bercinta di Skype, tapi langsung enggan berjumpa.

Namun jika kamu masih mahu mencuba, berikut adalah tips lain sebelum kamu membenarkan diri kamu jatuh cinta:

1) Ajak si dia untuk berjumpa – jika pasangan cinta cyber kamu enggan berjumpa kamu dan beberapa kali memberikan alasan mengelak dari bertemu kamu, maka putuskan saja hubungan itu. Ramai lagi insan ‘real’ di luar sana.

2) Jika dia berada jauh dan memang sama sekali tak dapat berjumpa kamu, video call atau video chat sebagai ganti mengenali diri masing-masing. Pastikan dia benar-benar wujud seperti di dalam gambar yang dia hantarkan.

3) Ambil masa mengenali si dia. Sedangkan perkenalan “biasa” seperti terjumpa pasangan di restoran makanan segera atau kelab malam pun boleh ditipu, inikan pula seseorang yang kita tak pernah jumpa. Dont rush love. Kita bukan di zaman Tan Sri P.Ramlee lagi.

Bukan maksud saya menulis artikel yang penuh negativiti untuk mewujudkan kesangsian kamu. Jika benar ada orang yang jujur dalam dunia cyber yang jatuh hati pada kamu, maka saya yakin dia pasti mahu membuktikan kewujudan diri dan keikhlasan perasaannya. Lagipun, bukankah pepatah cinta mengatakan, lautan api sanggup ku renangi? Tentu boleh saja jika merentas lautan untuk berjumpa, atau paling tidak mengorban masa dan bandwidth internet untuk video call kan?

Salam bahagia.

ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan